Pembelajaran Konsonan Arab Mengikut Pelat Bahasa Melayu

Nik Mohd Rahimi, Harun Baharudin, Ghazali Yusri, Kamarul Shukri Mat Teh, Mohamed Amin Embi

Abstract


Susunan alfabet konsonan bahasa Arab sekarang, iaitu [ا ب ت ث ..... ] tidak mengikut konsep ansur-maju (dari mudah ke sukar) kepada pelajar Melayu sebagaimana yang disarankan dalam teori pendidikan. Misalnya, huruf konsonan tha [ث] ialah konsonan yang sukar kepada pelajar Melayu kerana konsonan ini tidak ada dalam bahasa Melayu, tetapi konsonan ini berada di awal susunan alfabet Arab. Justeru kajian ini bertujuan menyusun huruf konsonan Arab mengikut pelat bahasa Melayu bagi tujuan pembelajaran. Manakala objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap kefasihan pelat bahasa Melayu menyebut huruf konsonan Arab, dan menyusun huruf konsonan Arab mengikut kefasihan pelat bahasa Melayu. Kajian ini dijalankan di pusat prasekolah dan responden yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada murid prasekolah berumur enam tahun. Pemilihan responden ini berasaskan mereka sedang berada di peringkat permulaan pembelajaran bahasa Arab. Kajian ini menggunakan satu set ujian sebutan konsonan Arab berasaskan kaedah al-Khalil. Kaedah ini telah digunakan oleh al-Khalil untuk menyusun sebutan Arab dari bunyi rongga rengkung hingga bunyi dua bibir. Hasil ujian dinilai oleh dua penilai yang pakar dalam bidang tajwid dan tarannum. Hasil kajian menunjukkan 12 konsonan berada pada tahap sederhana fasih dan satu konsonan berada pada tahap tidak fasih, manakala selebihnya berada pada tahap fasih. Hasil kajian juga menunjukkan huruf wau [و ] ialah huruf yang paling tinggi skor sebutan, dan huruf ghain [غ] ialah yang paling rendah skor sebutan. Oleh itu, disarankan hasil susunan konsonan Arab dalam kajian ini digunakan untuk tujuan pembelajaran bahasa Arab di sekolah-sekolah di Malaysia.



Keywords


pembelajaran bahasa Arab, pemerolehan bahasa kedua, huruf konsonan Arab, murid prasekolah, kemahiran membaca

Full Text:

PDF

References


Adams, M. J. (1990). Beginning to read: Thinking and learning about print. MA: MIT Press.

Ainol Madziah Zubairi & Isarji Hj Sarudin. (2009). Motivation to learn foreign language in Malaysia. GEMA Online™ Journal of Language Studies, 9(2), 73-87.

Al-Gharbi, Saad Abdullah. (1987). Al-Aswat al Arabiah wa Tadrisuha li ghair al-Natiqin biha min al-Rasyidin. Kaherah: Dar al-Maarif.

Cubukcu, F. (2007). An investigation reading strategies employed by trainee teachers. GEMA Online™ Journal of Language Studies, 7(2), 95-110.

Juel, C. (1988). Learning to read and write : A longitudinal study of 54 children from first through fourth grades. Journal of Educational Psychology, 80(4), 437-447.

Kamarul Shukri, Mohamed Amin, Nik Mohd Rahimi & Zamri Mahamod. (2009). Strategi metafizik: kesinambungan penerokaan domain utama pembelajaran bahasa. GEMA Online™ Journal of Language Studies, 9(2), 1-13.

Kamarulzaman Abdul Ghani. (1998). Al- Lughah al- Arabiyyah wa al-Lughah al Maliziyyah min al-Nahiah al-Aswtiyyah wa al-Sarfiyyah, Dirasat wasfiyyah taqabuliyyah, tesis M.A. Cairo: Fakulti Dar al-Ulum. Cairo University.

Kamarulzaman Abd. Ghani & Nik Mohd Rahimi. (2000). Pengaruh bahasa Melayu ke atas sebutan bahasa Arab dan kemahiran tilawah al-Quran. Jurnal Sari, 18, 67-79.

al-Makhzumiy, al-Mahdi. (1986). Al-Khalil bin Ahmad al-Farhidi, a’maluhu wa manhajuhu. Beirut: Dar al-Raid al-Arabi.

McCarthy, M. A. (1999). Fundamentals of early childhood education. Massuchesetts: Winthrop Publishers.

Muhammad Solahuddin Ali Mujawar. (1997). Cetakan ke 2. Tadris al-Lughah al-Arabiah bi al-Marhalah al- Ibtidaiyyah. Kaherah: Dar al-Shuruk.

Nik Mohd Rahimi. (2005). Penilaian kemahiran mendengar bahasa Arab dalam kurikulum bahasa Arab komunikasi. Tesis Ph.D. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Siniy, Mahmud Ismail, Nasif Mustahapa & Muktar al-Tohir Husin. (1991). Uhibbul al-Arabiyyah li al-sighar al-natiqin bi al-lugah al-ukra. Saudi: Maktabah al-Tarbiyyah al-Arabi li al-dual al-Khalij.

Sulaiman Ngah Razali. (1997). Pedagogi teori dan praktikal. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Sulzby, E. & Teale, W. (1991). Emergent literacy. Handbook of reading research Vol 2. New York : Longman.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 

 

 

eISSN : 2550-2131

ISSN : 1675-8021