Analisis Deiksis Dialek Kedah
Abstract
Deiksis melibatkan hubungan antara struktur bahasa dengan konteks bahasa yang diujarkan (Huang, 2007, hlm. 13). Kajian-kajian mengenai deiksis yang pernah dilakukan oleh sarjana tempatan lebih tertumpu kepada bahasa orang Asli dan kajian teks iklan. Antaranya Kajian Kamila (2006) yang mengkaji deiksis ganti nama diri dan deiksis reruang ini, itu, di sini dan di situ dalam bahasa Mah Meri. Burenhult (2004) pula meneliti deiksis reruang dalam bahasa Jahai di daerah Hulu Perak. Manakala kajian Mohammad Fadzeli (2009) menjelaskan kekaburan aspek deiksis perorangan, masa dan reruang yang terdapat dalam teks iklan perumahan. Berdasarkan pemerhatian, sehingga kini, masih kurang kajian yang mengenengahkan dialek Melayu dalam penelitian elemen deiksis. Sehubungan dengan itu, makalah ini bertujuan meneliti kategori dan fungsi elemen dieksis dalam dialek Kedah khususnya di kampung Kubang Lintah, Mukim Lepai, daerah Kota Setar (DKKS). Data diperoleh melalui kaedah pemerhatian dan teknik rakaman yang bertujuan mencatat dan merakam pertuturan responden. Pengkategorian elemen dieksis berdasarkan kepada kerangka dieksis Huang (2007). Makalah ini mendapati DKKS mengandungi kategori deiksis perorangan yang diungkapkan melalui kata ganti nama diri (GND) dan penggunaan vokatif yang diungkap melalui kata panggilan. DKKS juga mempamerkan kategori deiksis masa, dan deiksis reruang. Selain itu, kajian ini menunjukkan kategori deiksis sosial berkait rapat dengan deiksis perorangan iaitu berkenaan kodifikasi status sosial bagi penutur, pendengar atau orang ketiga atau entiti yang dirujuk begitu juga bentuk hubungan sosial antara peserta yang terlibat dalam perbualan. Analisis deiksis dialek Kedah telah menunjukkan kategori dan fungsi elemen deiksis. Dalam DKKS, penggunaan elemen-elemen diektik juga menimbulkan multifungsi. Secara keseluruhan, analisis ini juga memberi gambaran tentang sosio-budaya dan budi bahasa dalam percakapan sebagaimana dipamerkan oleh peserta deiksis DKKS.
Keywords
Full Text:
PDFReferences
Haji Omar. (1980). Nahu Melayu Mutakhir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Asmah Haji Omar. (1985). Language and the World-view of the Malay Peasants. Malaysian World-view. Singapura: Institute of Southeast Asian Studied.
Asmah Haji Omar. (1986). Bahasa dan Pemikiran Alam Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Asmah Haji Omar. (2008). Susur Galur bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Brown, G. & Yule, G. (1983). Teaching the Spoken Language. UK: Cambridge University Press.
Burenhult, Niclas. (2004). Spatial Deixis in Jahai. Papers from the 11th Annual Meeting of the Southeast Asian Linguistics Society. 87-100.
Collins, James T. (1976). Vokal Sengau di dalam bahasa Melayu Kedah Langkawi. Dewan Bahasa. 20,19-31.
Collins, James T. 1982. Kata Sapa dan Kata Alih: Analisis
Rakaman. Jurnal Dewan Bahasa. 26,665-699.
Collins, James T. (1996). Khazanah Dialek Melayu. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Cummings, Louise. (2005). Pragmatics. Edinburgh: Edinburgh University Press.
Danziger, Eva. (2010). Deixis, Gesture and Cognition in Spatial Frame of Reference Typology. Studied in Language. 34(1), 167-185.
Diller, Anthony. (1989). Southern Thai Deixis. Pacific Linguistics. 77,1-14.
Fazal Mohamed Mohamed Sultan, Zaharani Ahmad, Nor Hashimah Jalaluddin danHarishon Radzi. (2011). Kata Soal Bila dalam Dialek Kedah Melayu Baling: Satu Analisis Sintaksis. GEMA Online® Journal of Language Studies. 11(1). 1-12.
Fauconnier, Gilles. (2004). Pragmatics and cognitive linguistic. Dlm. Horn, Laurence R. & Ward, Gregory (pynt.). The handbook of pragmatics (hlm. 657-674). Oxford: Blackwell.
Hanks, William F. (2009). Fieldwork on deixis. Journal of Pragmatics. 41(1),10-24.
Hirschberg, J. (2004). Pragmatics and intonation. Dlm. Horn, Laurence R. & Ward, Gregory (pynt.). The handbook of pragmatics (hlm. 515-537). Oxford: Blackwell.
Huang, Yan. (2007). Pragmatics. New York: Oxford University Press.
Ida Ahmad. (1969). Fonologi Bahasa Kedah. Dewan Bahasa. 13,531-537.
Kamila Ghazali. (2006). Ganti Nama Diri dan Deiksis. Dlm. Asmah Haji Omar (pynt.). Bahasa Mah Meri (hlm. 129-141). Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Lébikaza, Kézié Koyenzi. (2005). Deictic Categories in Particles and Demonstratives in Three Gur Languages. Studies in African Linguistic Typology. Amsterderdam: John Benjamins.
Levinson, Stephen C. (2004). Deixis. The handbook of pragmatics. USA: Blackwell Publishing.
Levinson, Stephen C. (1983). Pragmatics. Cambridge:
Cambridge University Press.
Mohammad Fadzeli Jaafar. (2009). Gaya deiksis dalam teks iklan. Dlm. Nor Hashimah Jalaluddin, Mohammad Fadzeli Jaafar dan Harishon Radzi (pynt.). Kepelbagaian Dimensi Linguistik (hlm. 225-233). Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Maienborn, C., Heusinger, K. V. dan Portner, P. (2012). Semantics. Berlin: Walter de Gruyter.
Maslida Yusof. (2007). Pragmatik. Dlm. Zulkifley Hamid, Ramli Salleh & Rahim Aman (Pnyt). Linguistik Melayu. Bangi: Penerbit UKM.
Maslida Yusof. (2009). Analisis Preposisi Lokatif Bahasa Melayu Berdasarkan Kerangka Role and Reference Grammar (RRG). GEMA Online® Journal of Language Studies. 9(1) 17-32.
Nurul shahida Jamil dan Maslida Yusof. (2014). Deiksis Reruang dalam Dialek Kedah. Jurnal Bahasa. 14(2), 192-218.
O’Keeffe, Anne, Brian Clancy dan Svenja Adolphs. (2011). Introducing Pragmatics in Use. London: Routledge Taylor & Francis Group.
Shahidi A.H. (2009). Alternasi dalam fonologi subdialek Kedah Utara. Jurnal Bahasa. 9(2), 302-325.
Siti Hajar Abdul Aziz. (2010). Pragmatik Linguistik. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Ton Ibrahim. (1974). Morfologi dialek Kedah. Tesis Sarjana, Universiti Malaya.
Yaguchi, Michiko. (2001). The function of the non-deictic that in English. Journal of Pragmatics. 33(7), 1125-1155.
Yule, George. (1996). Pragmatics. Oxford: Oxford University Press.
Yaguchi, Michiko. The function of the non-deictic that in English. Journal of Pragmatics. 33(2001), 1125-1155.
Refbacks
- There are currently no refbacks.
eISSN : 2550-2131
ISSN : 1675-8021