Analisis Kesilapan Dalam Pembelajaran Bahasa Melayu Oleh Pelajar Asing
Abstract
Kajian ini menyelidik kesilapan leksikal dan mengklasifikasikan jenis kesilapan dalam aspek fonologi yang dilakukan oleh pelajar asing dalam pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa asing di Universiti Multimedia, Cyberjaya. Kedua-dua pendekatan analisis kontrastif dan analisis kesilapan diaplikasikan dalam penulisan pelajar asing yang berasal dari Botswana, China, Iran dan Indonesia. 75 orang pelajar asing ini telah mengikuti kelas Bahasa Kebangsaan B selama empat belas minggu. Ujian penulisan dan pemerhatian selama lapan minggu digunakan dalam proses pengumpulan data. Sebanyak 182 kes kesilapan ortografi/ ejaan telah dikenal pasti dan digolongkan kepada lima aspek mengikut tahap kesukaran penguasaan yakni kata angka asas, diikuti kata tanya, kata komunikasi asas, kata ganti nama diri, dan akhirnya kata sapaan. Jenis kesilapan fonologi yang paling kerap direkod adalah penukaran huruf dengan huruf lain. Kesilapan-kesilapan berkenaan adalah berbeza antara pelajar mengikut latar belakang demografi, khasnya negara asal dan bahasa ibunda. Ini mencadangkan bahawa pelajar-pelajar yang berbilang bangsa memerlukan penekanan atau bimbingan yang berbeza. Walau bagaimanapun, pelajar asing setakat ini masih pasif dalam pembelajaran bahasa Melayu kerana lokasi pengajian lebih mendedahkan pelajar terhadap aplikasi bahasa Inggeris. Justeru, peranan guru bahasa dan motivasi pembelajaran amat penting. Selain itu, persediaan kaedah, bahan rujukan dan aktiviti pengajaran bagi menarik minat pelajar juga harus dititikberatkan. Dapatan dan cadangan yang diusulkan ini adalah penting terutamanya bagi bakal tenaga pengajar yang akan berkecimpung dalam bidang pengajaran bahasa Melayu sebagai bahasa asing. Kajian ini selaras dengan usaha mempromosikan bahasa Melayu di arena antarabangsa dan menjadi pelengkap kepada Rancangan Malaysia Ke-10 yang berpelan menarik seramai 150 ribu pelajar asing.
Keywords
Full Text:
PDFReferences
Brown, H. D. (2000). Prinsiples of language learning and teaching. New York: Longman.
Corder, S. P. (1974). The significance of learners’ errors. Dlm. J. C Richards
(pnyt.), Error analysis: Perspectives on second language acquisition. London: Longman.
Ellis, R. (1997). SLA research and language teaching. Oxford: Oxford University Press.
Fries, C. C. (1945). Teaching and learning of English as a foreign language. Ann
Arbor: The University of Michigan Press.
Jian, M.P. (1974). Error analysis: Sourse, cause and significance. Dlm. Richards,
J. C. (Ed.), Error analysis: Perspectives on second language acquisition. London: Longman.
Khazriyati Salehuddin, Tan Kim Hua, & Marlyna Maros. (2006). Definiteness and indefiniteness: A contrastive analysis of the use of determiners between the Malay language and English. GEMA OnlineTM Journal of Language Studies, 6(1), 21-30.
Kholood, S. & Norbert, S. (2012). Difficulties with vocabulary word form: The case of arabic ESL learners. Dimuat turun 24 Februari 2012, dari http://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S1060374302000516
Lado, R. (1957). Linguistics across cultures: Applied linguistics for language teachers. Ann Arbor: The University of Michigan Press.
Lanlin Z. (2005). Language differences and communication: Contrastive analysis revisted. Western Journal of Graduate Research, 12(1), 113-131.
Medan Sandra Kasih. (2003). Analisis kontrastif dan keanekabahasaan. Jurnal Bahasa, 47(10), 36-40.
Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa & Abdul Hamid Mahmood (pnyt). (2008). Tatabahasa Dewan. Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Norehan Muhamad. (2009). Analisis Kesilapan: Satu kajian terhadap karangan murid-murid Orang Asli. Jurnal Penyelidikan DEDIKASI, 1(Dis), 119-136.
Perangkaan Pengajian Tinggi Malaysia. (2010). Dimuat turun 23 Ogos 2011 dari, http://www.mohe.gov.my/web_statistik/index.htm.
Richards, J.C.(Ed.) (1974). Error analysis: Perspectives on second language acquisition. London: Longman.
Richards, J.C., Platt, J. T., Weber, H. & Candlin C. N. (1992). Longman dictionary of applied linguistics. Essex: Longman.
Sidek Mohd Noah. (2002). Reka Bentuk Penyelidikan falsafah, teori dan praktis. Selangor: Penerbit Universiti Putra.
Su-Hie Ting, Mahanita Mahadhir & Siew-Lee Chang. (2010). Grammatical errors in spoken English of university students in oral communication course. GEMA OnlineTM Journal of Language Studies, 10(1), 53-70.
Suthanthiradevi J. N. Money. (2004). Pengaruh bahasa ibunda dalam proses pembelajaran Bahasa Melayu murid India. Tesis Master, Universiti Pertanian Malaysia. Dimuat turun pada 12 Disember 2010 dari, http://psasir.upm.edu.my/8943/1/FPP_1996_7_A.pdf
Refbacks
- There are currently no refbacks.
eISSN : 2550-2131
ISSN : 1675-8021