Penggunaan Bahasa Arab Lisan Dan Hubungannya Dengan Strategi Pengurusan Sumber
Abstract
Kursus bahasa Arab di Universiti Teknologi MARA (UiTM) merupakan satu subjek elektif kepada pelajar peringkat ijazah sarjana muda. Kajian ini bertujuan mengkaji (1) tahap penggunaan bahasa Arab lisan dalam kalangan pelajar UiTM, (2) hubungan korelasi antara penggunaan bahasa Arab lisan dengan strategi pengurusan sumber yang terdiri daripada empat subkomponen iaitu strategi pengurusan masa dan pembelajaran, strategi pengurusan usaha, strategi belajar bersama-sama rakan serta strategi mencari bantuan, dan (3) perbezaan penggunaan strategi pengurusan sumber dalam kalangan pelajar yang mempunyai tahap penggunaan bahasa yang berbeza. Kajian ini berbentuk kajian campuran antara kuantitatif dan kualitatif yang menggunakan satu instrumen soal selidik pembelajaran kendiri (self-regulated learning) dan temu bual pelajar. Data kuantitatif melibatkan seramai 455 orang sampel yang dipilih berdasarkan teknik persampelan rawak berstrata (stratified random sampling). Dapatan kajian menunjukkan bahawa (1) tahap penggunaan bahasa Arab lisan dalam kalangan pelajar adalah sederhana, malah penggunaan bahasa di luar kelas adalah lebih sederhana berbanding di dalam kelas, (2) terdapat hubungan korelasi yang signifikan antara tahap penggunaan bahasa Arab lisan dengan penggunaan strategi belajar bersama-sama rakan serta strategi pengurusan masa dan pembelajaran, serta (3) terdapat perbezaan yang signifikan dalam penggunaan strategi belajar bersama-sama rakan dalam kalangan pelajar yang berbeza tahap penggunaan bahasa Arab lisan. Kajian ini mencadangkan agar tahap pengunaan strategi belajar bersama-sama rakan serta strategi pengurusan masa dan pembelajaran dapat dipertingkatkan supaya tahap penggunaan bahasa dalam kalangan pelajar juga meningkat. Antara lainnya, ia dapat dilakukan melalui aktiviti berkumpulan secara kolaboratif dan juga penggunaan pembantu pembelajaran dalam kalangan pelajar.
Keywords
Full Text:
PDFReferences
Ab Halim Mohamad. (2009). Tahap komunikasi dalam bahasa Arab dalam kalangan pelajar Sarjana Muda bahasa Arab di IPTA Malaysia. Journal of Islamic and Arabic Education, 1(1), 1-14.
Alkusairy, M. A. (1998). Pendekatan komunikatif bagi pengajaran bahasa Arab sebagai bahasa asing. Dlm. Juriah Long (pnyt.), Inovasi dalam perkaedahan pengajaran bahasa, sains sosial dan teknologi maklumat, hlm. 126-140. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Cajkler, W., & Addelman, R. (2000). The practice of foreign language teaching (Edisi ke-2). London: David Fulton Publishers.
Cohen, L., & Holliday, M. (1982). Statistics for social scientists. London: Harper & Row.
Fan, W., Lindt, S. F., Giner, C. A. A., & Wolters, C. A. (2009). The role of social relationships in promoting student academic self-efficacy and MIMIC approaches to assess factorial mean invariance. International Journal of Applied Educational Studies, 5(1), 34-53.
Ghaith, G., & Diab, H. (2008). Determinants of EFL achievement among Arab college-bound learners. Education, Business and Society: Contemporary Middle Eastern Issues, 1(4), 278-286.
Ghazali Yusri & Nik Mohd Rahimi. (2010). Self-regulated learning strategies among students of Arabic language course and intensive Arabic course in MARA University of Technology Malaysia (UiTM). International Journal of Applied Educational Studies, 8(1), 57-67.
Ghazali Yusri, Nik Mohd Rahimi & Parilah M. Shah. (2010a). Kebimbangan ujian dan motivasi dalam kalangan pelajar kursus bahasa Arab dalam konteks kemahiran lisan. ASEAN Journal of Teaching & Learning in Higher Education, 2(2), 50-63.
Ghazali Yusri, Nik Mohd Rahimi & Parilah M. Shah. (2010b). Sikap pelajar terhadap pembelajaran kemahiran lisan bahasa Arab di Universiti Teknologi MARA (UiTM). GEMA OnlineTM Journal of Language Studies, 10(3), 15-33.
Ghazali Yusri, Nik Mohd. Rahimi, Parilah M. Shah & Wan Haslina Wah. (2011a). Cognitive and metacognitive learning strategies among Arabic language students. Interactive Learning Environments, DOI: 10.1080/10494820.2011.555840
Ghazali Yusri, Nik Mohd Rahimi, Parilah M. Shah, Wan Haslina Wah & Ahmed Thalal Hassan. (2011b). Kepercayaan jangkaan keupayaan kendiri dalam kalangan pelajar kursus bahasa Arab di Universiti Teknologi MARA (UiTM). GEMA OnlineTM Journal of Language Studies, 11(1), 81-96.
Ghazali Yusri, Nik Mohd Rahimi, Parilah M. Shah & Wan Haslina Wah. (2012a). Motivation in learning oral Arabic skills among students with different prior experience and gender. Pertanika Journal of Social Sciences & Humanities. (In press).
Ghazali Yusri, Nik Mohd Rahimi, Parilah M. Shah, Wan Haslina Wah & Ahmed Thalal Hassan. (2012b). Penggunaan strategi belajar bersama-sama rakan dalam kalangan pelajar bahasa Arab di Universiti Teknologi MARA (UiTM). Asia Pacific Journal for Educators and Education. (In press).
Hair, J. F. J., Black, W. C., Babin, B. J., Anderson, R. E., & Tatham, R. L. (2006). Multivariate data analysis (Edisi ke-6). New Jersey: Pearson Prentice Hall.
Hsu, J. T. S. (1997). Value, expectancy, metacognition, resource management, and academic achievement: A structural model of self-regulated learning in a distance education context. Tesis Ph.D., University of Southern California, California.
Kaseh Abu Bakar, Nik Farakh Sulaiman & Zeti Akhtar Muhammad Rafaai. (2010). Self-Determination Theory and motivational orientations of Arabic learners: A principal component analysis. GEMA OnlineTM Journal of Language Studies, 10(1), 71-86.
Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. (1970). Determining samples size for research activities. Educational and Psychological Measurement, 30(3), 607 - 610.
Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff. (2004). Kemahiran mendengar bahasa Arab: Satu kajian di Sekolah Menengah Kerajaan Negeri. Tesis Ph.D. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Ohta, A. S., & Nakaone, T. (2004). When students ask questions: Teacher and peer answers in the foreign language classroom. International Review of Applied Linguistics in Language Teaching, 42(3), 217-237.
Pallant, J. (2005). SPSS survival manual. New South Wales: Allen & Unwin.
Pintrich, P. R., & Schunk, D. H. (1996). Motivation in education: Theory, research and applications. Englewood Cliffs: Prentice-Hall Inc.
Pintrich, P. R., Smith, D. A. F., Garcia, T., & McKeachie, W. J. (1991). A manual for the use of the Motivated Strategies for Learning Questionnaire (MSLQ). Michigan: University of Michigan. (Atas Talian). Telah dimuat turun 23 Februari 2012, dari http://eric.ed.gov/PDFS/ ED338122.pdf
Rodríguez-Sabater, S. (2005). Utilizing undergraduate peer teaching assistants in a speaking program in Spanish as a foreign language. Foreign Language Annals, 38(4), 533-543.
Rohrkemper, M., & Corno, L. (1988). Success and failure on classroom tasks: Adaptive learning and classroom teaching. Elementary School Journal, 88(3), 297-312.
Sahabudin Salleh (2003). Masalah penguasaan bahasa Arab komunikasi di kalangan pelajar Melayu: Satu kajian kes. Tesis Sarjana. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Schunk, D. H. (1996). Learning theories (Edisi ke-2). Englewood Cliffs, New Jersey: Prentice Hall.
Sekaran, U. (2003). Research methods for business: A skill-building approach (Edisi ke-4). United States of America: John Wiley & Sons, Inc.
Wolfgang, K. (1986). Second language acquisition. New York: Cambridge University Press.
Yoshida, R. (2008). Learners' perception of corrective feedback in pair work. Foreign Language Annals, 41(3), 525-541.
Zha, S., Kelly, P., Park, M. A. K., & Fitzgerald, G. (2006). An investigation of communicative competence of ESL students using electronic discussion boards. Journal of Research on Technology in Education, 38(3), 349-367.
Refbacks
- There are currently no refbacks.
eISSN : 2550-2131
ISSN : 1675-8021