Teknik Pengajaran Kemahiran Bertutur Bahasa Arab Di SMKA Di Malaysia
Abstract
Kurikulum bahasa meletakkan kemahiran bertutur sebagai komponen penting. Penguasaan kemahiran ini adalah satu aspek penting yang menentukan kejayaan pengajaran dan pembelajaran bahasa kedua atau bahasa asing. Ia berperanan sebagai penanda aras (benchmark) kejayaan penguasaan sesuatu bahasa. Kajian eksplorasi ini dapat meneroka teknik pengajaran kemahiran bertutur yang menjadi amalan guru bahasa Arab di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) di Malaysia. Ia bertujuan untuk mengenal pasti teknik yang kerap dilakukan oleh guru dan memastikan adakah teknik yang menjadi amalan guru menyokong pendekatan komunikatif yang menjadi asas pembinaan Kurikulum Bahasa Arab (KBA). Kajian ini menggunakan dua set soal selidik sebagai instrumen kajian yang melibatkan 73 orang guru SMKA yang melaksanakan kurikulum bahasa Arab dan 1371 orang pelajar dari 16 buah SMKA yang dibahagikan mengikut empat zon. Dapatan kajian menunjukkan guru lebih banyak menggunakan teknik pengajaran yang memerlukan respon terus dan ringkas seperti penggunaan teknik soal jawab dan teknik dengar tutur. Manakala teknik-teknik lain kurang dilakukan oleh guru seperti teknik gantian, penukaran, berteriak, latihan pengembangan, latihan betul salah, latihan lanjutan, lakonan dan karangan berangkap. Penggunaan teknik yang memerlukan respon ringkas dan terus menghadkan peluang pelajar berkomunikasi dan secara tidak langsung berperanan sebagai penghalang proses mengfungsikan bahasa untuk komunikasi. Aspek dorongan dan peluang berkomunikasi menggunakan bahasa yang dipelajari adalah prinsip utama pengajaran kemahiran bertutur berasaskan kepada pendekatan komunikatif. Keadaan ini menunjukkan pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di Malaysia tidak menepati ciri pengajaran komunikatif seperti yang dimuatkan dalam KBA.
Keywords
Full Text:
PDFReferences
Al-Qur’an
‘Ali Ahmad Madkūr. (2000). Tadris funūn al-Lughah al-‘Arabiyyah. Kaherah: Dar al Fikr al-‘Arabi,.
Ahmad Fu’ad ‘Ulyan. (2000). al- Maharat al-Lughawiyyah Maharatuha wa Tara’iq Tanmiyatuha. Riyad: Dar al-Muslim li al-Nashr wa al-Tawzi’.
Ahmad Kilani Mohamed. (2001). Teori pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di Sekolah Menengah Agama di Malaysia. Skudai: UTM.
Atsuta, H. (2003). Improving the motivation of unsuccessful learners in the Japanese high school EFL Context. ERIC Document Reproduction Service No. ED 476 750.
Awang Sariyan, (1998). Pengislaman pendidikan bahasa: Satu penyataan awal. Jurnal Pendidikan Islam 8: 51-77.
Awang Sariyan, (1999). Pendidikan bahasa Melayu di Malaysia: Dari tradisi ke reformasi. Jurnal Dewan Bahasa 43(10):866-899.
Azhar Ahmad. (2006). Strategi pengajaran pengaturan kendiri Pendidikan Islam dan penghayatan akhlak pelajar sekolah menengah di Sarawak. Tesis Doktor Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi
Babbie, E. (1992). The practice of social research. California: Wardsworth Publishing Company
Bailey, K. M. (2005). Speaking. New York: McGraw-Hill.
Best, J. W. (2006). Research in education. New York: Pearson.
Brown, H. D. (2001). Teaching by principles: An interactive approach to language pedagogy. New York: Addison Wesley Longman Inc.
Brumfit C. J. (1979). Communicative language teaching: An education perspective. Dlm C. J. Brumfit & K. Johnson (Eds.). The communicative approch and language teaching. Oxford: Oxford University Press.
Brumfit, C. J. & Johnson, K. (1979). The communicative approach to language teaching. New York: Oxford University Press.
Bygate, M. (2001). Speaking. Oxford: Oxford University Press.
Florez, M. A. C. (1999). Improving adult English language learners' speaking skill. ERIC Digest ED435204.
Ghazali Yusri, Nik Mohd Rahimi & Parilah M. Shah (2010). Sikap pelajar terhadap pembelajaran kemahiran lisan bahasa Arab di Universiti MARA (UiTM). GEMA OnlineTM Journal of Language Studies, 10(3), 15-33.
Harmer, J. (1991). The practice of English language teaching. London: Longman.
Kamarulzaman Abdul Ghani, Zawawi Ismail & Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff. (2005). Peranan persekitaran bahasa Arab terhadap kemahiran bahasa Arab komunikasi. Prosiding wacana pendidikan Islam UKM. Bangi: Penerbit UKM.
Kirk, R. E. (1984) Elementary statistic. California: Brooks Publishing Company.
Littleword, W. (1981). Communicative language teaching: An introduction. Cambridge: Cambridge University.
Loga Baskaran. (1990). Pengajaran kemahiran bertutur. Jurnal Dewan Bahasa. April 34 (4), 260-264.
Luoma, Sari. (2004). Assessing speaking. Cambridge: Cambridge University.
Mohammad Ali Al-Khuli, (1982). Asalib tadris al-lughah al-arabiah. Riyad: Darul Ulum.
Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff. (2000). Tahap kemahiran bertutur bahasa arab antara jantina, latar belakang keluarga, tahap minat dan pencapaian dalam peperiksaan. Jurnal Pendidikan, 24, 141-154.
Nik Mohd Rahimi. (1999). Bahasa Arab untuk kemahiran komunikasi: Ssatu kajian tentang pelaksanaannya dan cabaran pengajaran dan pembelajaran di abad Ke-21. Prosiding Seminar Isu-isu Pendidikan Negara, Fakulti Pendidikan. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Nunan, D. (2003). Practical English language teaching. New York: McGraw Hill.
Pattison, P. (1987) Developing communicative skills. Cambridge: Cambridge University Press.
Richard-Amato, P. A. (2003). Making it happen: From interactive to participatory language teaching. New York: Pearson Longman
Rushdi Ahmad Ta’imah (2000) al-Usus al-‘ammah li manahij ta’lim al-lughah al-‘arabiyyah : i’daduha wa tatwiruha wa taqwimuha. Kaherah: Dar al-Fikr al-‘Arabi.
Syed Muhammad Naquib Al-Attas. (1995). Prolegomena to the metaphysic of islam: An exposition of the fundamental elements of the worldview of Islam. Kuala Lumpur: ISTAC.
Tarmizi Ahmad. (1997). Pengajaran dan pembelajaran kemahiran bertutur bahasa arab: satu kajian kes di sekolah menengah kebangsaan agama. Disertasi Sarjana Bahasa Moden. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Tiedt, I. M., Bruemmer, S., Lane, S., Stelwagon, P., Watanabe, K. & William, M. (1983). Teaching writing in K-8 classroom. New Jersey: Prentice Hall.
Wan Azura Wan Ahmad, Lubna Abd Rahman, Arnida A. Bakar & Ahmad Pangidoan Nasution Mandily (2007). Pendekatan dan strategi efektif dalam penguasaan bahasa Arab. Bandar Baru Nilai: Penerbit Universiti Sains Islam Malaysia.
Zawawi Ismail & Muhammad Azhar Zailani. (2005). Pendekatan komunikatif dalam pendidikan bahasa Arab di Malaysia. Dlm Zawawi Ismail & Mohd Sukki Othman (pnyt). Pendidikan bahasa Arab di Malaysia: cabaran dan inovasi, (hlm. 16-35). Bangi: Minda Imtiyaz Publications.
Zawawi Ismail. (2005). Pendidikan bahasa Arab di Malaysia: Perkembangan dan perubahan. Dlm Sufean Hussin, Shahril @ Charil Marzuki, Ahmad Zabidi Abdul Razak, Habib Mat Som & Alina Ranee (Pnyt.). Pentadbiran dalam pembangunan pendidikan. (hlm. 414-428). Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.
Zawawi Ismail, Mohd Sukki Othman & Abd Rauf Hassan Azhari (2005). Masalah pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab Di Malaysia. Dlm Zawawi Ismail & Mohd Sukki Othman (Eds.), Pendidikan bahasa Arab di Malaysia: cabaran dan inovasi (hlm. 96-113). Bangi: Minda Imtiyaz Publications.
Refbacks
- There are currently no refbacks.
eISSN : 2550-2131
ISSN : 1675-8021