Persepsi Guru Tentang Penggunaan Aplikasi Multimedia Dalam Pengajaran Komponen Sastera Bahasa Melayu

Zamri Mahamod, Nur Aisyah Mohamad Noor

Abstract


Tujuan utama kajian ini adalah untuk meninjau persepsi guru terhadap aplikasi multimedia dalam pengajaran Komponen Sastera Bahasa Melayu (Komsas). Kajian ini menggunakan perisian multimedia bagi novel Istana Menanti yang digunakan oleh pelajar Tingkatan 1. Perisian PPBK ini dibangunkan bagi memenuhi sukatan pelajaran baharu Bahasa Melayu bagi Tingkatan 1 khususnya bagi Komponen Sastera Bahasa Melayu yang digunakan  mulai tahun 2010. Perisian ini dibangunkan berdasarkan strategi dan teori-teori pembelajaran supaya dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang berkesan dan interaktif. Seramai 60 orang guru Bahasa Melayu daripada empat buah sekolah menengah di daerah Muar Johor dijadikan sampel kajian. Dapatan kajian dipungut menggunakan soal selidik dan dianalisis menggunakan statistik deskriptif. Hasil daripada kajian tersebut menunjukkan perisian aplikasi multimedia membantu proses pengajaran guru di dalam bilik darjah menjadi lebih fleksibel dan efektif.  Selain itu, alat bantu multimedia ini juga dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran guru dalam usaha menarik minat dan motivasi dalam pembelajaran berteraskan bahan sastera.


Keywords


proses pengajaran, nilai murni, kemahiran berfikir, strategi pembelajaran, komponen sastera.

Full Text:

PDF

References


Ab. Halim Tamuri & Nik Mohd Rahimi NikYusoff (pnyt.). (2010). Kaedah pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Abd. Latip Talib. (2010). Istana menanti (edisi pelajar). Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distrubutors Sdn. Bhd.

Abdul Razak Habib & Jamaluddin Badusah. (1998). Penggunaan komputer untuk pengajaran dan pembelajaran di sekolah menengah. Jurnal Pendidikan, 23, 1-14.

Ashinida Aladdin, Afendi Hamat & Mohd Shabri Yusof. (2004). Penggunaan PBBK (Pembelajaran Bahasa Berbantukan Komputer) dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab sebagai bahasa asing: satu tinjauan awal. GEMA Online™ Journal of Language Studies, 4(1), 1-16.

Brinkerhoff, J. (2006). Effects of a long-duration, professional development academy on technology skills, computer self-efficacy, and technology integration belief and practices. Journal of Research on Technology in Education, 39(1), 22-43.

Hannafin, M. J. & Peck, K. L. (1988). The design, development and evaluation of instructional software. New York: Longman.

Hassan Baseri. (2007). Mata pelajaran Kesusasteraan Melayu tidak relevan lagi. Dewan Sastera, Jun, 33-35.

Heinich, R., Molenda, M., Russel, J. D. & Smalindino, S. E. (2005). Instructional media and technologies for learning (8th Ed.). Ohio: Merril Prentice Hall.

Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir. (2003). Multimedia dalam pendidikan. Bentong: PTS Publication & Distributors.

Lachs, V. (2006). Making multimedia in the classroom. Muhammad Asyraf Mustaffa (Terj.). Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad.

Mohammed Sani Ibrahim & Norzaini Azman. (2006). Profesion perguruan. Bangi: Penerbitan Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Nadzrah Abu Bakar. (2007). English Language activities in computer-based learning environment: A case study in ESL Malaysian classroom. GEMA Online™ Journal of Language Studies, 7(1), 33-49.

Nor’Aini Ahmad. (2008). Tahap kemahiran ICT dalam kalangan guru bahasa Melayu sekolah menengah. Kertas projek Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Ros Azura Jantan. (2007). Pembangunan dan penilaian perisian PPBK bagi tajuk cerpen Dugong dalam komponen sastera bahasa Melayu. Tesis Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Rozinah Jamaludin. (2005). Multimedia dalam pendidikan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd

Suwarnee Mohd Solah. (2006). Persepsi terhadap kesediaan dan tahap penggunaan TMK dalam kalangan guru Bahasa Melayu di sekolah menengah bandar dan luar bandar. Kertas Projek Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Zamri Mahamod & Mohamed Amin Embi. (2008). Teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pemelajaran Bahasa Melayu: Teori dan praktis. Shah Alam: Karisma Publication.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 

 

 

eISSN : 2550-2131

ISSN : 1675-8021