Pembentukan Istilah Sains Kesihatan oleh Pengguna dalam Teks Umum Bahasa Melayu (Formation of Health Science Terminology by Users in General Malay Language Texts)

Hasnah Mohamad, Noorul Khairien Abdul Malek, Noor Husna Abd. Razak

Abstract


Kemunculan istilah dalam pelbagai bidang menyumbang kepada pengayaan kosa kata bahasa  Melayu dan amat penting dalam menyokong perkembangan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Namun, kajian istilah dalam teks umum bahasa Melayu masih agak kurang. Kebanyakan kajian lebih memberikan tumpuan kepada aspek pembentukan istilah serta aspek keberterimaan istilah. Selain itu, fenomena lambakan istilah asing dalam kosa kata bahasa Melayu, khususnya dalam bidang sains dan teknologi juga menunjukkan bahawa masyarakat kini sering mencipta istilah secara mudah melalui penyerapan istilah asing untuk keperluan semasa. Justeru, kajian ini menghuraikan pembentukan istilah dalam teks bidang perubatan (sains kesihatan) bahasa Melayu. Objektif pertama adalah untuk mengenal pasti istilah sains kesihatan dalam teks umum, iaitu akhbar. Kaedah yang digunakan dalam mengenal pasti istilah adalah dengan membuat perbandingan antara istilah dalam teks umum dan bank data istilah sedia ada, iaitu istilah dalam Pusat Rujukan Persuratan Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka. Pendekatan takrif analisis  digunakan untuk menjelaskan istilah dalam teks melalui perkataan-perkataan yang dijadikan petunjuk oleh penulis teks umum. Objektif kedua adalah untuk menghuraikan korpus istilah dari segi kekerapan kemunculan istilah dalam korpus umum bahasa Melayu. Seterusnya, perkaitan istilah dengan istilah sedia ada pula dihuraikan berdasarkan bentuk istilah yang dihasilkan serta huraian dalam teks yang dikaji. Kajian ini menggunakan kaedah analisis teks yang melibatkan korpus teks bidang perubatan (sains kesihatan) daripada akhbar dalam talian, iaitu Berita Harian, Harian Metro, Utusan, Kosmo, dan Info Sihat dari Januari 2015 hingga Februari 2018, melibatkan 41000 patah perkataan. Sistem penganalisis teks TextStat digunakan untuk memaparkan data kajian dalam bentuk kekerapan kata dan konkordans untuk pengenalpastian istilah. Kajian ini telah mendokumentasi istilah perubatan sains kesihatan bahasa Melayu yang pelbagai  oleh pengguna bidang berkaitan dan kaedah pembentukannya. Kajian ini berguna untuk membuktikan bahawa istilah yang dicipta oleh pengguna secara cepat melalui teks umum dapat mengisi keperluan istilah standard dalam bidang sains kesihatan.

 

Kata kunci: kosa kata; istilah; korpus umum; takrif intensi; sains kesihatan 

ABSTRACT

The emergence of terminology in various fields contributes to the enrichment of Malay vocabulary, and is crucial in supporting the development of the Malay language as a language of knowledge. However, studies on terminology in general Malay language texts are still somewhat lacking. Most studies focus more on the aspects of formation and acceptability of terminology. Apart from that, the phenomenon of excessive borrowing of foreign terminology in Malay language vocabulary, especially in the field of science and technology, also indicate that society nowadays frequently coin terms easily through the absorption of foreign terms for current needs. Thus, this study describes the formation of terminology in Malay language medical (health science) field texts. The first objective is to identify health science terms in general texts, namely newspapers. The method used in identifying the terms is by making comparisons between terms in general texts, and the existing terminology data bank which are terms in the Pusat Rujukan Persuratan Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka. The analytical definition approach is used to explain terms in the texts through the clues given by the general text writer. The second objective is to describe the terminology corpus in terms of frequency and presence of the terms in the Malay language general corpus. Then, the relationship between the terms and existing terms is described based on the form generated, and description of the term in the text that is being studied. This study used the textual analysis method which involves medical field (health science) text corpus from online newspapers, namely Berita Harian, Harian Metro, Utusan, Kosmo, and Info Sihat, from January 2015 to February 2018, involving 41000 words. The TextStat texts analysis program is used to display study data in the form of word frequency, and concordance for terminology identification. The various Malay language medical health science terms by related field users, and their methods of formation were documented. In conclusion, this study has shown that terminologies are readily created by users in general texts and can fulfill the requirements of standard terminology in the field of health science.

 

Keywords: vocabulary; terminology/term; general corpus; intensional definition; health science


Full Text:

PDF

References


Asrul Azuan Mat Dehan, Nor Azuwan Yaakob & Jama’yah Zakaria (2014). Gerak Kerja ‘5P’ Pembentukan Istilah Bahasa Melayu. International Journal of Language Education and Applied Linguistics (IJEAL). 1, 77-86.

Depecker, L. (2015). How to Build Terminology Science? In. Kockaert, H.J., Steurs, F. (Eds). Handbook of Terminology Volume 1, Amsterdam: John Benjamins Publishing.

Dewan Bahasa dan Pustaka (2004). Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Fage-Butler A.M, Nisbeth Jensen M. (2015). Medical Terminology in Online Patient-patient Communication : Evidence of High Health Literacy? Health

Expectations. 19, 643-653.

Hasnah Mohamad (2016). Takrif Kamus Istilah dari Perspektif Pengguna. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Hayes, E., Dua, R., Yeung, E., & Fan, K. (2017). Patient Understanding of Commonly Used Oral Medicine Terminology. British Dental Journal. 223(11), 842.

https://doi.org/10.1038/sj.bdj.2017.991

Idris Aman, Norsimah Mat Awal, & Mohammad Fadzeli Jaafar. (2014). Strategi Wacana Teks Akademik Sains dan Teknologi. GEMA Online® Journal of

Language Studies. 14(1), 189-202.

Junaini Kasdan (2020). Penciptaan Istilah dan Akal Budi Melayu. International Journal of the Malay World and Civilisation. 8(1), 3-16.

https://doi.org/10.1757/jatma-2020-0801-01)

Junaini Kasdan, Harshita Aini Haroon, Nor Suhaila Che Pa, Zuhairah Idrus (2017). Gandaan Separa dalam Terminologi Bahasa Melayu: Analisis

Sosioterminologi. GEMA Online® Journal of Language Studies. 17(1), 183-202.

Junaini Kasdan, Harshita Aini Haroon, Nor Suhaila Che Pa & Mohamed Roshimi. (2014). Kaedah Alternatif Membentuk Padanan Istilah : Suatu Pendekatan

Sosioterminologi. Prosiding Symposium of International Language & Knowledge. Pulau Pinang, Malaysia, 15-16 Februari.

Löckinger, G. et. al. (2015). Intensional definitions. In. Kockaert, H.J., Steurs, F. (Eds). Handbook of Terminology Volume 1, Amsterdam: John Benjamins

Publishing.

Muresan S, Klavans J.L (2013). Inducing Terminologies from Text : A Case Study for the Consumer Health Domain. Journal of American Society for

Information Science and Technology. 64(4), 727-744.

Noor Azizah Othman (2019). Analisis entri “A” kamus Thomas Bowrey 1701. Jurnal Bahasa,

Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Jilid 19(2), 259-284.

Rusli Abdul Ghani dan Zaiton Darois (2001). Istilah Sains Teks Bacaan Umum. Jurnal Rampak Serantau. 8.

Sager, J. C. (1995). Kursus Amali dalam Pemprosesan Istilah. Terj. Sulaiman Masri. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Temmerman, Rita. (2000). Towards new ways of terminology description. The sociocognitive approach. Amsterdam : John Benjamin Publishing Company.

Zielstorff, R. D. (2003). Controlled Vocabularies for Consumer Health. Journal of Biomedical Informatics. 36(4–5), 326–333.

https://doi.org/10.1016/j.jbi.2003.09.015




DOI: http://dx.doi.org/10.17576/gema-2020-2003-06

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 

 

 

eISSN : 2550-2131

ISSN : 1675-8021