Penyebaran Dialek Melayu Di Langkawi: Analisis Geolinguistik (The Distribution of Malay Dialects in Langkawi: A Geolinguistic Analysis)

Nor Hashimah Jalaluddin, Maizatul Hafizah Abdul Halim, Harishon Radzi, Junaini Kasdan

Abstract


Kajian dialek geografi di Malaysia sebelum ini telah  memberikan maklumat taburan dialek secara umum berdasarkan perbezaan fonologi dan leksikal. Kajian tersebut telah menjadi asas kepada kajian geolinguistik pada hari ini. Dalam kajian kali ini, varian leksikal ‘daun kari’ dan ‘daun kesum’ dalam dialek Melayu Kedah di Pulau Langkawi telah diteliti. Berasaskan analisis geolinguistik, elemen linguistik telah digabungkan bersama dengan faktor bukan bahasa  seperti bentuk muka bumi, persempadanan, migrasi dan sejarah. Seramai 90 orang responden telah dipilih yang terdiri daripada golongan remaja, dewasa dan warga tua. Penganalisisan data dilakukan dengan berbantukan perisian Geographic Information System (GIS). Kajian ini telah mencapai matlamat yang telah ditetapkan iaitu mengenal pasti penggunaan varian bagi kedua-dua leksikal yang dikaji. Selain itu, perbandingan dan penyebaran setiap varian leksikal tersebut telah berjaya dipetakan dengan bantuan teknik chloropleth. Seterusnya, penerapan perisian GIS ini telah berjaya membantu menghuraikan faktor geografi yang mempengaruhi pembentukan dan penyebaran varian leksikal di Langkawi. Hasil kajian ini telah dapat membuktikan secara saintifik bahawa kawasan mukim Padang MatSirat, Bohor dan Kuah adalah kawasan asal penutur dialek Melayu Langkawi, manakala Ayer Hangat dan Ulu Melaka mempunyai paling ramai penutur dialek Melayu Satun. Seterusnya, di mukim Kedawang pula terdapat penduduk yang menuturkan dialek Melayu Patani. Penyebaran ini berlaku adalah disebabkan oleh faktor sejarah, geografi dan sosiobudaya. Kajian ini menjadi lebih menarik, sistematik dan meyakinkan kerana disokong dengan kehadiran teknologi GIS dan pendekatan multidisiplin. 

 

Kata kunci: dialek; GIS; varian leksikal; geolinguistik; ruang

  

ABSTRACT

 

Previous studies of geography dialect in Malaysia gave some general informations about the distribution of Malay dialects based on phonological and lexical differences. These works established the basis of geolinguistic study today. The present study examines the realizations  of linguistic variants of two lexical items, namely 'curry leaves' and 'kesum leaves' in the  dialects of Malay spoken in Langkawi Island. Based on the geolinguistic analysis, linguistic elements is incorporated with non-linguistic features, such as topography, delineation, migration and history. A total of 90 respondents have been selected comprising of teenagers, adults and the elderly. The elicited data are analyzed and processed by the Geographic Information System (GIS) software. The study has accomplished its main objective, that is, to identify the use of linguistic variants of the two lexical items. Additionally, the comparison and distribution of lexical variants of each lexical item have been successfully mapped into  chloropleth technic. Consequently, the application of  GIS software displays the geographical factors that govern and determine the distribution of those variants in Langkawi. The findings   demonstrate  that Padang MatSirat, Bohor and Kuah are the native areas of Langkawi Malay, meanwhile in Ayer Hangat and Ulu Melaka most of the respondents speak Satun Malay. Subsequently, in Kedawang district, the people converse in Patani Malay. The distribution of these dialects is determined by historical, geographical and socio-cultural factors. The present study is more elegant, systematic and convincing because it is supported by GIS technology and   multidisciplinary approach.

 

Keywords: dialect; GIS; lexical variants; geolinguistic; spatial


Full Text:

PDF

References


Abdullah Hj. Mohd. Salleh. (2008). Sastera Rakyat Negeri Kedah. Dicapai pada 28 April 2016, dari http://www.sasterarakyat-kedah.com

Asmah Haji Omar. (1985). Susur Galur Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ajid Che Kob. (1985). Dialek Geografi Pasir Mas. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Archaimbault, C. (1957). A Preliminary Investigation of the Sam Sam of Kedah and Perlis. Journal Malayan Branch Royal Asiatic Society. Vol. 30(1), 75-92.

Collins, J. T. (1983). Dialek Ulu Terengganu. Bangi: Penerbit Universiti Kbangsaan Malaysia.

Collins, J. T. (1996). Khazanah dialek Melayu. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Dialectologia. http://www.publicacions.ub.edu/revistes/dialectologia

Harishon Radzi, Fazal Mohamed Mohamed Sultan, Nor Hashimah &

Zaharani Ahmad. (2012). Analisis Bahasa Komunikasi Bangsa Minoriti Negrito Menerusi Pengimbuhan Dan Peminjaman Kata. GEMA Online® Journal of Language Studies. Vol. 12(3), 885-901.

Ismail Dahaman. (1997). Glosari Dialek Kedah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Jabil & Ku Hussaini. (2012). Penganjuran Sukan Antarabangsa Sebagai Tarikan Pelancongan di Pulau Langkawi. Sintuk: Penerbit Universiti Utara Malaysia.

Jabil & Ku Hussaini. (2012). Map of Kedah & Langkawi Island Tourist Map.Penganjuran Sukan Antarabangsa Sebagai Tarikan Pelancongan di Pulau Langkawi. Sintuk: Penerbit Universiti Utara Malaysia.

Kamal Kamaruddin, Khaire Ariffin & Ishak Saat. (2011). Bunga Mas dan Hubungan Negeri-negeri Melayu Utara (NNMU) dengan Siam Tahun 1826-1909. Batu Pahat: Penerbit Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Kamaruddin Esayah. (1999). Perbandingan Fonologi Dialek Melayu Satun dengan Dialek Melayu Perlis. Tesis Sarjana. Penang: Universiti Sains Malaysia.

Langkawi Geopark - Earth's Historic Heritage. Dicapai pada 4 Oktober 2017, dari https://www.youtube.com/watch

Mokhtar Jaafar. (2012). Keberkesanan GIS Sebagai Alat Bantu Mengajar Konsep Asas Geografi Kepada Pelajar Bukan Geografi. Geografia OnlineTM Malaysia Journal of Society and Space. Vol. 8(3), 82-92.

Majlis Daerah Langkawi. (2000). Draf Rancangan Struktur Langkawi, 1990-2005. Langkawi: Majlis Daerah Langkawi.

Mohd Tarmizi Hasrah, Shahidi A.H & Rahim Aman. (2013). Inovasi dan Retensi dalam Dialek Hulu Tembeling. GEMA Online® Journal of Language Studies. Vol. 13(3): 211-222.

Nor Hashimah Jalaluddin. (2006). Budaya Penyelidikan dan Penerbitan Bertamadun: Satu Sinergi. GEMA Online® Journal of Language Studies. Vol. 6(2), 49-64.

Nor Hashimah Jalaluddin. (2015). Penyebaran Dialek Patani di Perak: Analisis Geolinguistik. Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu. Vol. 8(2), 310-330.

Nor Hashimah Jalaluddin. (2017). Pengaruh Melayu Siam di Tanah Melayu: Analisis GIS. Kertas Ucap Utama, Seminar Bahasa Linguistik dan Kearifan Lokal PLM-USU. Universiti Sumatera Utara, Medan. 27 Ogos 2017.

Nor Hashimah Jalaluddin, Zaharani Ahmad, Harishon Radzi, Mustaffa Omar & Mokhtar Jaafar. (2013). Lexical variation and distribution in Perak Malay: A GIS Approach. Dlm Seminar on Southeast Asian Linguistics (SEALS), 29-31 Mei 2013: Universiti Chulalongkorn, Bangkok.

Nor Hashimah Jalaluddin, Zaharani Ahmad, Harishon Radzi, Norlisafina Sanit. (2016). Varian Kata Ganti Nama Dialek di Pesisir Perak: Analisis Geographical Information System (GIS). GEMA Online® Journal of Language Studies. Vol. 16(1), 109-123.

Noriah Mohamed & Omar Yusoff. (2010). Tinjauan Identiti dan Bahasa Hibrid dalam Kalangan Sam-Sam, Baba Nyonya dan Jawi Peranakan di Utara Semenanjung Malaysia. Sari- International Journal of the Malay World and Civilisation. Vol. 28(2), 35-61.

Norzalita & Ahmad Azmi. (2004). Imej dan Strategi Peletakan Pulau Langkawi. Jurnal Pengurusan. Vol. 24, 97-117.

Norlisafina Sanit. (2014). Varian Leksikal Kata Ganti Nama Dialek di Pesisir Sungai Perak: Aplikasi Geographical Information System (GIS). Tesis Sarjana. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Onishi, T. (2010). Analyzing dialectological distributions of Japanese. Dialectologia. Special issue (1), 123-135.

Portal Rasmi Kerajaan Negeri Kedah. Dicapai pada 1 Mei 2016, dari http://www.mplbp.gov.my

Portal Rasmi Kerajaan Negeri Kedah. Dicapai pada 10 Mei 2016, dari http://www.mplbp.gov.my/ms/pasar-malam-uptown

Rohani Mohd Yusof. (2003). Kuala Kangsar sebagai Zon Transisi Dialek. Jurnal Bahasa. Vol. 3(4), 588-606.

Ruslan Uthai. (2011). Keistimewaan Dialek Melayu Patani. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Siam dan Thai tidak sama: Gunakan istilah yang betul’ – Senator. Dicapai pada 9 Oktober 2017, dari https://www.wanista.com

Siti Noraini Hamzah, Nor Hashimah Jalaluddin & Zaharani Ahmad. (2015). Migrasi Masyarakat Luar dan Pengaruh Dialek di Perak: Analisis Geolinguistik. Jurnal Bahasa. Vol. 17(1), 1-34.

Siti Noraini Hamzah. (2017). Penyebaran Leksikal dan Bunyi dalam Dialek Melayu di Perak: Analisis Geolinguistik. Tesis PhD Program Linguistik. Bangi: UKM.

Teerarojanarat S. & Tingsabadh, K. (2011). A GIS-Based Approach For Dialect Boundary Studies. Jurnal Dialectologia of Universitat de Barcelona. Vol. 6, 55-75.

Worawit Baru. (1999). Dasar Kerajaan dan Kesannya Terhadap Bahasa Melayu di Negara Thai. Tesis Sarjana Falsafah. Akademi Pengajian Melayu: Universiti Malaya.




DOI: http://dx.doi.org/10.17576/gema-2017-1704-11

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 

 

 

eISSN : 2550-2131

ISSN : 1675-8021