Budaya Penyelidikan Dan Penerbitan Bertamadun: Satu Sinergi
Abstract
Linguistik ialah kajian bahasa secara saintifik. Ciri saintifik memberi ruang kepada ilmu linguistic itu untuk terus diselidiki. Penyelidikan akan menjadi lebih utuh jika
diturutsertakan dengan teori yang berwibawa. Teori boleh dianggap sebagai rangka yang melengkapkan lagi kesempurnaan sesebuah penyelidikan. Penyelidikan linguistik tidak terbatas kepada mana-mana aspek bahasa. Penyelidikan tercetus kerana adanya ketidakserupaan pandangan terhadap bahan yang dikaji. Hasil kajian mungkin akan berbeza berdasarkan perspektif yang kita lihat. Data yang dikutip lebih besar, teori analisis lebih terkini dan metodologi kajian yang sesuai mampu menyumbang sesuatu
yang menarik. Ketidakselarian antara dapatan kajian lama dan baharu seharusnya memberikan cabaran dan seterusnya mencetuskan keterbukaan minda pembaca. Dunia
penyelidikan akan menjadi rancak apabila hasilnya dapat didebatkan. Perdebatan ini tidak terhad dalam seminar tetapi juga di dalam majalah. Majalah sebagai wadah penyebar ilmu akan mampu menarik perhatian dan seterusnya menyemaikan budaya membaca di kalangan pembaca.
Full Text:
PDFReferences
Abdul Jalil Anuar (2000). Pangkalan data korpus dan penyelidikan bahasa: Kajian kes
memper, Persidangan Linguistik ASEAN 1. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Abdullah Hassan dan Liaw Yock Fang (1993). Nahu Melayu moden, Kuala Lumpur:
Fajar Bakti.
Asmah Hj. Omar (1986). Nahu Melayu mutakhir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Azhar M. Simin (1993), Sintaksis wacana “Yang” dalam bahasa Melayu, Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
D, de Vaus. (2002). Research design in social research, London: Sage Publication.
Hudson, R. A. (1987). Sociolinguistics. Cambridge: Cambridge University Press.
Levinson, C. S. (1983). Pragmatics. Cambridge: Cambridge University Press.
Nor Hashimah Jalaluddin dan Maslida Yusof. (2000). Ganti nama Melayu : satu definisi
semula,. Persidangan Linguistik Asean 1. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia,
Nor Hashimah Jalaluddin. (2002). Kata ganda bahasa Melayu: Analisis semantik dan
pragmatik, Majalah Bahasa, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nor Hashimah Jalaluddin. (2003). Bahasa dalam perniagaan: Analisis semantik dan
pragmatik, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nor Hashimah Jalaluddin. (2004). Nahu praktis gantinama ‘ia’ dan ‘ianya’ dalam data
korpus: Analisis rangka rujuk silang, Prosiding Seminar Sehari Linguistik dan
IRPA 07-02-02-0023 EA211, Bangi, Universiti Kebangsaan Malaysia,
Nik Safiah, Abdul Hamid Mahmood dan Farid M.Onn, (1986). Tatabahasa dewan Jilid
, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nik Safiah, Farid M.Onn dan Hashim Musa (1989). Tatabahasa dewan Jilid 2, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
McEnery, T. dan Wilson, A. (1996). Corpus linguistics. Edinburgh: Edinburgh
University Press.
Sperber, D. dan Wilson, D. (1995). Relevance theory: Communication and cognition.
Oxford: Basil Blakewell.
Zainal Abidin Ahmad (1962). Ilmu mengarang Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Zaharani Ahmad (2004). Pengimbuhan memper-kan dengan kata adjektif: Analisis data
korpus berkomputer, Prosiding Seminar Sehari Linguistik dan IRPA 07-02-02-
EA211. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Refbacks
- There are currently no refbacks.
eISSN : 2550-2131
ISSN : 1675-8021