Penelitian Makna Imbuhan Pen- Dalam Bahasa Melayu: Satu Kajian Rangka Rujuk Silang

Nor Hashimah Jalaluddin, Ahmad Harith Syah

Abstract


Kebanyakan penahu Melayu menghuraikan imbuhan peN- bahasa Melayu berdasarkanstruktur dan fungsi. Za’ba (1965), Asmah (1993), Nik Safiah et. al (1993), Abdullah danLiaw (1994) dan beberapa lagi orang penahu bersetuju mengatakan imbuhan iniselalunya merujuk kepada agen dan alat. Ada juga penahu yang memberikan makna peNsebagaipenderita, kelaziman dan penanda abstrak. Sebagai contoh, ‘petani’ adalah agen,‘perokok’ adalah kelaziman, ‘pemarah’ sebagai abstrak, ‘penimbang’ sebagai alat, danseterusnya. Apa yang jelas kelihatan ialah makna yang diberikan pada imbuhan peN- iniagak luas yang kadang-kala bertindih dan secara tidak langsung boleh menimbulkankekeliruan. Berdasarkan data korpus 5 juta DBP-UKM, peN- berdasarkan konkordansakan dipilih dan dianalisis. Teori relevans yang menekankan pada komunikasi dankognisi dengan ciri khusus pemilihan rujukan mampu menjelaskan makna peN- denganlebih elegan. Dalam pemilihan rujukan, rangka rujuk silang (RRS) yang membenarkankepada penggantungan konteks boleh membantu pendengar mencungkil makna yangdihajati. ‘Pemakan sayur’ dan ‘perosak bahasa’ tidak memerlukan atribut tambahan bagimenjelaskan yang peN- itu adalah manusia. Tetapi ‘burung pemakan bangkai’ dan‘serangga perosak’ memerlukan atribut ‘burung’ dan ‘serangga’ bagi menjelaskan lagiyang peN- itu adalah bukan manusia. Ringkasnya melalui RRS, kita mampumembezakan imbuhan peN- yang mempunyai makna sebagai manusia, bukan manusiamelalui konteks dan atribut.

Keywords


an awalan, rangka rujuk silang, atribut, pemilihan rujukan

Full Text:

PDF

References


Abdullah Hassan & Liaw Yock Fang. (1994). Nahu Melayu moden. Kuala Lumpur: Fajar

Bakti Sdn. Bhd.

Abdullah Hassan. (1974). The morphology of Malay. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Arbak Othman. (1981). Tatabahasa Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Sarjana

Enterprise.

Asmah Hj Omar. (1993). Nahu Melayu muktahir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Azhar M. Simin. (1993). Sintaksis-wacana yang dalam bahasa Melayu. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa & Pustaka.

Hashim Musa. (1993). Binaan dan fungsi perkataan dalam bahasa Melayu. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Hasmidar Hassan. (2006). Kata Hubung ’dan’ dan ’tetapi: Satu Analisis perbandingan

nahu dan pragmatik. Tesis Doktor Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kamus Linguistik. (1997). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Lufti Abbas. (1988). Nahu penambah bahasa Malaysia . Kuala Lumpur: Penerbit Fajar

Bakti Sdn. Bhd.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa & Abdul Hamid Mahmood. (1993).

Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nor Hashimah Jalaluddin. (2007). Bahasa dalam perniagaan: Satu analisis semantik dan

pragmatik. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nor Hashimah Jalaluddin. (2007). Kata Ganti Nama ia dan ianya. Dlm Nahu praktis

bahasa Melayu. In Zaharani Ahmad (ed). Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan

Malaysia.

Sperber, D., & Wilson, D. (1986). Relevance: Communication and cognition. Oxford :

Blackwell.

Sperber, D., & Wilson, D. (1995). Relevance: Communication and cognition (2nd ed).

Oxford : Blackwell.

Za’ba (1965). Pelita bahasa Melayu Penggal 1 Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan

Pustaka.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 

 

 

eISSN : 2550-2131

ISSN : 1675-8021