Sikap Dan Kefahaman Pelajar Terhadap Dialek Negeri Sembilan: Kajian Sosiolinguistik
Abstract
Makalah ini menyiasat sikap dan kefahaman pelajar terhadap dialek Negeri Sembilan. Tujuan makalah ini adalah untuk mengetahui sejauhmana penguasaan dialek di kalangan pelajar menengah rendah di Negeri Sembilan. Kawasan kajian tertumpu di daerah Rembau dan Tampin. Cara pengendalian kajian ini terbahagi kepada dua bahagian. Pertamanya, kosa kata asli dialek Negeri Sembilan dikumpul di daerah Rembau. Keduanya, kumpulan kata-kata ini kemudiannya disaring sebanyak 80 perkataan, dan diuji kepada sejumlah pelajar sekolah di daerah Tampin. Sampel kajian diperoleh secara individu dan berkumpulan. Method yang sama pernah dilakukan oleh Labov dan beberapa pengkaji bahasa lain di Barat (Chambers & Trudgill 1990). Kajian ini menggunakan kaedah menanyakan soalan (naming question) tentang sesuatu; dan soal selidik yang berbentuk pilihan. Hasil kajian ini mendapati bahawa sikap pelajar terhadap penggunaan dialek Negeri Sembilan agak sederhana kerana kurangnya galakan daripada ibu bapa.Bagaimanapun, pelajar memperlihatkan sikap yang positif dari aspek kefahaman dan persepsi terhadap dialek Negeri Sembilan. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa semakin tinggi kelas sosial pelajar, semakin rendah pemahaman mereka terhadap dialek Negeri Sembilan. Akhirnya analisis kelas kata mendapati bahawa perubahan sosial telah menyebabkan perkataan yang berkaitan dengan adat, misalnya kodin dan kata kerja peristiwa, misalnya bertating dan bertandak semakin kurang difahami. Secara keseluruhannya, hasil kajian ini memperlihatkan bahawa telah wujud pola perubahan bahasa dalam kalangan remaja di Negeri Sembilan seiring dengan peningkatan status sosial.
Keywords
Full Text:
PDFReferences
Ahmad Mahmoud Saidat. (2010). Language attitude: the case of Jordan. International Journal of Academic Research. 2(6), 235-243.
Ajid Che Kob. (1984). Dialek geografi Pasir Mas. Monograf 3, Institut Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Arbak Othman. (1994). Fonologi Dialek Negeri Sembilan: Satu teknik pengesahan kosa kata untuk leksikografi standard. Dlm. A. Samad Idris, Norhalim Hj Ibrahim, Haji Muhammad Tainu & Dharmala N.S. (Eds.), Negeri Sembilan: Gemuk Dipupuk, Segar Bersiram: Adat Merentas Zaman. Seremban: Jawatankuasa Penyelidikan Budaya Negeri Sembilan.
Asmah Haji Omar. (1988). Susur galur Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Chambers, J.K. & Trudgill, P. Terj. (1990). Dialektologi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Duan, Lei. (2004). A sociolinguistic study of language use and language attitudes among the Bai people in Jianchuan County, China. Masters thesis. Payap University, Thailand.
Farid M. Onn & Ajid Che Kob. (Ed.). (1995). Simposium dialek: penyelidikan dan pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hendon, R.S. (1966). The phonology and morphology of Ulu Muar Malay (Kuala Pilah district, Negeri Sembilan, Malaya). New Haven: Yale University.
Idris Aman & Rosniah Mustaffa. (2009). Social variation of Malay language in Kuching, Sarawak, Malaysia: A study on accent, identity and integration. Gema Online™ Journal of Language Studies, 9(1), 63-76.
Kamus Dewan. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Labov, W. (1966). The social stratification of English in New York city. Center for Applied Linguistics. Washington.
Lam Kai Chee & Kamila Ghazali. (2012). “Saya suka tapi tak bangga” – Satu kajian sikap bahasa. Gema Online™ Journal of Language Studies, 12 (1), 275-293.
Nurhalim Hj. Ibrahim. (1993). Adat perpatih: Perbezaan dan persamaannya dengan adat temenggung. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Norsimah Mat Awal, Mohammad Fadzeli Jaafar, Idris Aman & Zaharani Ahmad. (2011). Pemerian semula dialek Negeri Sembilan: Laporan awal. Jurnal Bahasa Jendela Alam, 7, 1-15.
Sa’adiah Maalip. (2011). Sikap bahasa dan identiti: Kajian kes masyarakat Narum, Sarawak. Jurnal Melayu, 6, 57-72.
Samarin, W.J. Terj. (1993). Linguistik lapangan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Trudgill, P. (2000). Sociolinguistics. Edisi kedua. England: Penguin Books.
Wan Robiah Meor Osman. (2004). Variasi sosial bahasa Melayu di Kuching: Satu kajian dialektologi sosial bandar. Tesis Sarjana. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Refbacks
- There are currently no refbacks.
eISSN : 2550-2131
ISSN : 1675-8021