Pola Sapaan Pelajar Lelaki Dan Perempuan Di Sebuah Institusi Pengajian Tinggi: Satu Kajian Sosiopragmatik

Marlyna Maros, Aslinda John, Mohd Baharim Mydin

Abstract


Tujuan makalah ini adalah untuk memeri strategi sapaan oleh golongan pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi di Malaysia, khususnya terhadap perbezaan penggunaan strategi oleh pelajar lelaki dan perempuan. Kajian ini bergerak dari pemerhatian rawak penyelidik tentang perlakuan sapaan oleh golongan ini yang menimbulkan persoalan terhadap kecekapan berkomunikasi mereka. Ia melihat pola sapaan berdasarkan konteks, tahap formaliti, dan hubungan antara peserta tutur.  Makalah ini membincangkan hasil dapatan berdasarkan perbezaan jantina dan menghubungkaitkan faktor jantina ini dengan aspek budaya dan sosiopragmatik berpandukan prinsip sosiopragmatik Leech (1993) dan perbezaan fitur interaksi untuk lelaki dan perempuan oleh Sherzer (1987). Data bagi kajian ini diperolehi melalui 3 cara iaitu melalui Tugas Penyempurnaan Wacana (TPW), temu bual, dan juga catatan pemerhatian. Responden bagi TPW adalah seramai 264 orang yang menjawab 15 situasi yang memerlukan sapaan di sekitar kampus; memberikan 3960 respons kesemuanya. Responden bagi temu bual adalah seramai 30 orang dari kumpulan yang sama. Pemerhatian etnografi dilakukan selama 3 bulan. Hasil dapatan menunjukkan bahawa jika jarak sosial pelajar adalah dekat, mereka cenderung untuk menggunakan strategi sapaan yang agak kasar. Bagi pelajar yang mempunyai hubungan yang agak rapat, pelajar perempuan lebih selesa menggunakan nama untuk menyapa manakala lelaki pada kebiasaanya hanya sekadar mengangguk kepala atau menyebut “hai”.  Perbincangan diakhiri dengan memberikan implikasi dapatan dan juga cadangan beberapa konteks untuk kajian lanjut dalam sapaan.


Keywords


sapaan, status sosial, jarak sosial, sosiopragmatik, Tugas Penyempurnaan Wacana (TPW).

Full Text:

PDF

References


Abdul Sukor Shaari, Nuraini Yusoff & Mohd Isa Awang (2003). Bahasa Melayu komunikasi. Bentong Pahang Darul Makmur: PTS Publication & Distributor Sdn. Bhd.

Abdullah Hassan (2008). Bahasa dan pembinaan tamadun bangsa. Syarahan Umum Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM. 18 Ogos, Bilik Senat, UKM.

Awang Sariyan (2007). Santun berbahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Bogdan, B., Robert C. & Knopp, S. (1982). Qualitative research for education: An Introduction to Theory and Method. Avanue: Boston Massachusetts.

Brown, P. & Levinson, S. C. (1987). Politeness: Some universals in language usage.

Cambridge: Cambridge University Press.

Geertz, C. (1983). Local Knowledge: Further essays in antrohistorical method. New York: Basic Books.

Gumperz, J. (1972). Direction in Sociolinguistic: The ethnography of communication. New York: Rinehart and Winston.

Gumperz, J. J. (1982). Discourse strategies. Cambridge: Cambride University Press.

Hafriza Burhanudeen. (1998). Greetings among royalty in Malaysia. International Journal of Society and Language, 130, 77-88.

Hymes, D. (1972). Models of the interaction of language and social life. Dalam J. J. Gumperz & D. Hymes (ed). Directions in sociolinguistic: The ethnography of communication. NY: Holt, Rinehart & Winston.

Ibrahim Ag Youssouf, Grimshaw, A. D., & Bird, C. S. (1976). Greetings in the desert American Ethnologist, 3, 797-824.

Kasih, M. S. (2002). Sistem kata sapaan keluarga bahasa Minangkabau dan Melayu suatu perbandingan. Dalam, Menelusuri Jejak Melayu-Minangkabau, 123-130. Padang: Yayasan Citra Budaya Indonesia.

Kasih, M. S. (2004). Sistem kata sapaan anak-anak dan remaja dalam Bahasa Minangkabau: Suatu analisis sosiolinguistik. Linguistik Indonesia: Jurnal Ilmiah Masyarakat Linguistik Indonesia. 22(2), 179-184

Leech, G. (1993). Prinsip pragmatik. Penterjemah Azhar M. Simin. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Maleong, L. J. (2002). Metodologi penelitiaan kualitatif (Cetakan ke 6). Bandung: Remaja Rosdakarya Ofset.

Miles, M. B & Huberman, A. M. (1992). Qualitatif data analisis. Diterjemahkan Roshidi, Tjetjep Rohendi. Jakarta: UI Press.

Nor Hashimah Jalaluddin, Harishon Radzi, Maslida Yusof & Saadiah Mat Alip (2005). Sistem panggilan dalam keluarga: Satu dokumentasi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Saville-Troike, M. (1991). Etnografi komunikasi: Suatu pengenalan. Terjemahan Ajid Che Kob. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia.

Samarin, W. J. (1993). Linguistik lapangan. Terj. Kamaruzzaman Mahayidin dan Zahrah Abd Ghafur. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sherzer, J. (1987). A discourse–centered approach to language and culture. American Anthropologist, 89, 295-309.

Waldvogel, J. (2007). Greetings and closing in workplace e-mail, Journal of Computer-

Mediated Communication, 12(2), article 6.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 

 

 

eISSN : 2550-2131

ISSN : 1675-8021