Analisis Eufemisme Kematian Masyarakat Melayu Sarawak dari Perspektif Semantik Kognitif

Hamidah Abdul Wahab, Imran Ho Abdullah, Mohammed Azlan Mis, Khazriyati Salehuddin

Abstract


Makalah ini meneliti proses-proses kognitif yang mendasari eufemisme kematian dalam masyarakat Melayu Sarawak (MMS). Eufemisme kematian yang digunakan oleh penutur merupakan bentuk penggunaan bahasa yang lebih halus dan sopan bagi menggantikan bahasa yang dianggap kasar atau tabu, dan tidak sesuai dituturkan secara langsung dalam komunikasi. Dalam pengungkapan eufemisme mengenai kematian, penutur berupaya mempamerkan sisi santun mereka di samping menunjukkan timbang rasa serta keprihatinan untuk tidak melukai hati dan perasaan pendengar. Kajian dari perspektif semantik kognitif ini menggunakan kerangka teori Metafora Konsepsi saranan Lakoff dan Johnson (1980). Beberapa mekanisme kognitif dimanfaatkan dalam analisis data seperti skema imej dan metafora konsepsi. Data eufemisme kematian MMS dikumpul menerusi kajian lapangan melibatkan kaedah temu bual, rakaman dan catatan. Informan yang terlibat dalam kajian ini ialah penutur Melayu di kawasan Kuching, Sarawak. Hasil analisis data mendapati bahawa pengkonsepsian eufemisme kematian MMS, khususnya untuk memperkatakan mengenai kematian didasari oleh skema imej Sumber-Laluan-Matlamat, di samping metafora konsepsi kematian itu lokasi yang lebih baik, kehidupan itu perjalanan dan kematian itu perlepasan [kematian itu perjalanan]. Secara keseluruhan, kajian ini menunjukkan bahawa budaya Melayu dan agama Islam banyak mempengaruhi pengkonsepsian eufemisme kematian dalam MMS. Pengaruh ini dapat dilihat menerusi penggunaan kata-kata halus yang bertujuan untuk berbudi bahasa, sejajar dengan budaya Melayu yang mementingkan kesantunan dalam komunikasi. Hakikat kematian umat Islam yang akan kembali kepada Allah s.w.t. juga digambarkan dalam eufemisme yang dikaji. Sebagai sebuah kajian linguistik, kajian ini diharap dapat menjadi rujukan kepada pembaca dan penyelidik mengenai eufemisme MMS, khususnya dalam bidang semantik kognitif.  

 

DO: http://doi.org/10.17576/gema-2016-1602-04


Keywords


eufemisme; kematian; skema imej; metafora konsepsi; Melayu Sarawak

Full Text:

PDF

References


Abang Yusuf Puteh. (2005). A Profile of Sarawak Malays. Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Abdullah Akhili Abdul Latif, Farahdina Abd. Manaf, Huzaimah Ismail, Norsiah Sulaiman & Salleh Hj. Daud. (2006). Asas-asas Islam: Ad-Din,

Akidah & Syariat. Kuala Lumpur: iBook Publication Sdn. Bhd.

Al-Quran Al-Karim (Al Haramain 7 Dalam 1). (2013). Teteng Sopian, Yayan Suryana, Makbul, Mumung Maulana Al-Ghifari & Abdul Rahman

Abdullah (pnys.). Shah Alam: Karya Bestari Sdn. Bhd.

Al-Wafi: Syarah Hadith 40 Iman An-Nawawi. (2015). Musthafa Al-Bugha & Muhyiddin Misto (pnys.). Batu Caves: Al-Hidayah Publications.

Allan, K. & Burridge, K. (1991). Euphemism & Dysphemism Language Used as Shiled and Weapon. Oxford: Oxford University Press.

Asmah Hj. Omar. (2001). Kaedah Penyelidikan Bahasa di Lapangan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Hj. Omar. (2008). Ensiklopedia Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Berendt, E.A. (2012). The Conceptual Instruments Used in Contemporary Religious Discourse of Death and Dying: The Case of Japanese and English. Dlm. Berendt, E.A. (ed.). Facing Finality: Cognitive and Cultural Studies on Death and Dying (hlm. 67-78). (Atas talian) Muat turun pada 27 Januari 2014 dari http://commcourses.com/iic/wp-content/uploads/2011/10/PDF-COVER-ART_Facing-Finality-updated-2012.pdf

Collins, James T. (2009). Bahasa Sanskerta dan Bahasa Melayu. Jakarta: Kepustakaan Populer Gramedia.

Fernandez, C.E. (2006). The Language of Death: Euphemism and Conceptual Metaphorization in Victorian Obituaries. SKY Journal of Linguistics. 19, 101-130. (Atas talian) Muat turun pada 10 Januari 2013 dari http://s3.amazonaws.com/academia.edu.documents/30905316/SKY_JOL_19_2006.pdf?AWSAccessKeyId=AKIAJ56TQJRTWSMTNPEA&Expires=1389331509&Signature=63s7gjgaWny63GFEhTfirW6nbjM%3D&response-content-disposition=inline

Kamus Bahasa Indonesia Online. (Atas talian) Muat turun pada 18 Ogos 2015 dari http://kamusbahasaindonesia.org

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Lakoff, G. (1987). Woman Fire and Dangerous Things: What Categories Reveal about the Mind. Chicago: The University of Chicago Press.

Lakoff, G. (1992). The Contemporary Theory of Metaphor. (Atas talian) Muat turun pada 9 Disember 2013 dari http://terpconnect.umd.edu/~israel/lakoff-ConTheorMetaphor.pdf

Lakoff, G. & Johnson, M. (1980). Metaphors We Live By. Chicago: University of Chicago Press.

Lakoff, G. & Turner, M. (1989). More Than Cool Reason: A Field Guide to Poetic Metaphor. Chicago and London: The University of Chicago Press.

Langacker, Ronald W. (2008). Cognitive Grammar: A Basic Introduction. New York: Oxford University Press.

M. Ali Chasan Umar. (1980). Alam Kubur (Alam Barzakh): Digali Dari Al-Quran dan Hadis. Singapura: C. V. Toha Putra.

Maimunah Daud. (1999). Glimpses of Malay Life in Sarawak. Kuching: Yayasan Budaya Melayu Sarawak.

Mati Dalam Iman. (Atas talian) Muat turun pada 15 Januari 2015 dari http://www.islam.gov.my/node/24640

Mohamed Mazen Galal. (2014). Death Euphemism in English and Arabic: A Conceptual Metaphorization Approach. International Journal of Linguistics. 6(1), 153-170. (Atas talian) Muat turun pada 17 April 2014 dari www.microthink.org/ij1

Mohammed Azlan Mis. (2010). Lingua Franca di Sarawak: Aplikasi Teori Pilihan Bahasa. GEMA Online® Journal of Language Studies. 10(2), 97-116.

Mohd Asri Mat Daud. (2005). Hakikat Kematian dan Mati Otak Mengikut Kacamata Islam. Kertas kerja Online Program Thaqafah Online (hlm. 1-23). (Atas talian) Muat turun pada 21 Januari 2015 dari http://tibbians.tripod.com/ilham2.pdf

Muhammad Bukhari Lubis. (2013). Ulasan Dari Aspek Kebahasaan dan Kandungan Batu Bersurat Terengganu. Dlm. Seri Lanang Jaya Johari & Dahlia Janan (pnys.). Sang Budiman: Sebuah Festschrift Bagi Menghormati Khidmat Profesor Emeritus Abdullah Hassan di Fakulti Bahasa. Universiti Perguruan Sultan Idris Sedasawarsa, 2001-2011 (hlm. 141-146). Selangor: PTS Akademia.

Nyakoe, D.G, Matu, P.M & Ongarora, D.O. (2012). Conceptualization of ‘Death is a Journey’ and ‘Death as Rest’ in EkeGusii Euphemism. Theory and Practice in Language Studies. 2(7), 1452-1457. (Atas talian) Muat turun pada 11 Januari 2014 dari http://ojs.academypublisher.com/index.php/tpls/article/viewFile/tpls020714521457/50

Rabab’ah, G. & Al-Qarni, A.M. (2012). Euphemism in Saudi Arabic and British English. Journal of Pragmatics. 44, 730-743. (Atas talian) Muat turun pada 11 Januari 2014 dari http://www.sciencedirect.com.www.ezplib.ukm.my/science/article/pii/S0378216612000616

Raja Ahmad Mukhlis Raja Jamaludin. (2010). Al-Quran Berbicara Tentang Takwa. Bandar Baru Bangi: Pelima Media Sdn. Bhd.

Rusmadi Hj. Baharudin. (2005). Pemerian Polisemi “datang”: Satu Analisis Linguistik Kognitif. Jurnal Bahasa. 5(4), 23-39.

Saeed, J. I. (1997). Semantics. Oxford: Blackwell Publications.

Saidatul Nornis Haji Mahali. (2007). Unsur Bahasa dalam Budaya. Kota Kinabalu: Penerbit Universiti Malaysia Sabah.

Salehuddin, Khazriyati. (2009). Metafora Melayu dalam Mendidik Anak: Analisis Semantik Kognitif. Dlm. Nor Hashimah Jalaluddin, Imran Ho Abdullah & Idris Aman (pnyt.). Linguistik Teori dan Aplikasi (hlm. 136-151). Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Salehuddin, Khazriyati. (2012). Penilaian Ke atas Kerumitan Kognitif dalam Proses Membaca Jawi. GEMA Online® Journal of Language Studies. 12(4), 1179-1192.

Silăski, N. (2011). Metaphors and Euphemisms – The Case of DEATH in English and Serbian. (Atas talian) Muat turun pada 14 Disember 2013 dari https://www.academia.edu/5240801/Silaski_N._2011_._METAPHORS_AND_EUPHEMISMS_-_THE_CASE_OF_DEATH_IN_ENGLISH_AND_SERBIAN._Filoloski_pregled_38_2_101-114

Soliman, Alaaeldin, E. (2012). The End of death: the conceptual metaphor patterns of death in Arabic. Dlm. Berendt, E. A. (pnyt.). Facing Finality: Cognitive and Cultural Studies On Death and Dying (hlm. 130-147). (Atas talian) Muat turun pada 27 Januari 2014 dari PDF-COVER-ART_Facing-Finality-updated-2012.pdf

Teo, Kok Seong. (1995). Tahu Bahasa/Tak tahu Bahasa: Persoalan Bahasa, Budaya dan Komunikasi. Dlm. Hanapi Dollah & Lokman Mohd.

Zen (pnyt.). Kebudayaan Melayu Baru di Ambang Abad Baru: Satu Himpunan Makalah (hlm. 274-287). Bangi: Jabatan Persuratan Melayu,

Universiti Kebangsaan Malaysia.

Tesaurus Bahasa Melayu Dewan Edisi Baharu. (2008). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tsang, S.C. (2009). Metaphor, Culture and Conceptual Systems: A Case Study of Sex Metaphors in a Hong Kong Chinese Newspaper. LCOM Papers. 2, 1-16. (Atas talian) Muat turun pada 20 Disember 2013 dari http://www.english.hku.hk/LCOM%20paper/LCOM%20papers%20new,%20rev/2009%20vol2/1_Sandy_Tsang.pdf

Uzair Abdul Aziz. (2011). Mati Itu Pasti. Rawang: Pustaka Ilmuan.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 

 

 

eISSN : 2550-2131

ISSN : 1675-8021