“Majalah Mingguan, Pandangan dan Fikiran”: Perkembangan Majalah Sinaran, 1950-1951 (“Majalah Mingguan, Pandangan Dan Fikiran”: The History of Sinaran Magazine, 1950-1951)
Abstract
Peranan Singapura sebagai pusat perdagangan telah menjadikan lokasi tersebut sebagai tumpuan wartawan, penulis, sasterawan, dan bintang filem untuk mencipta karya. Ini telah memberi sumbangan tidak langsung kepada pertumbuhan industri percetakan, akhbar, industri media, dan hiburan. Keadaan ini juga mendorong timbulnya akhbar dan majalah berbahasa Melayu seperti Majalah Sinaran, yang memainkan peranan penting dalam pembangunan intelektual, sosial, dan politik masyarakat Melayu, sama ada sebelum atau selepas kemerdekaan Tanah Melayu. Majalah Sinaran, yang diterbitkan bermula pada tahun 1950, berfokus kuat pada isu-isu keagamaan dan memegang peranan penting dalam membincangkan isu-isu berkaitan Islam di Tanah Melayu dan di luar negara. Kajian ini bertujuan untuk meneliti sejauh mana perkembangan dan peranan Majalah Sinaran sebagai majalah bertemakan Islam di Tanah Melayu dari tahun 1950 hingga tahun 1951. Kajian ini menggunakan sepenuhnya pendekatan kualitatif yang melibatkan proses heuristik, kritikan, analisis, dan histriografi. Hasil kajian menunjukkan bahawa Majalah Sinaran memainkan peranan penting dalam memperjuangkan isu-isu berkaitan Islam yang berlaku di Tanah Melayu. Situasi ini juga boleh dilihat melalui keterlibatan majalah ini dalam tragedi Natrah, yang menyebabkan pihak British merasa terancam dengan penerbitan majalah ini melalui tulisan pengarangnya, Karim Ghani. Tambah implikasi kajian Kajian ini menonjolkan sumbangan signifikan Majalah Sinaran dalam membentuk wacana isu-isu berkaitan Islam di Tanah Melayu. Pendekatan editorialnya yang berani bukan sahaja menyediakan platform untuk perbincangan intelektual, tetapi juga mencerminkan aspirasi sosio-politik yang lebih luas dalam kalangan masyarakat Melayu. Selain itu, kajian ini menunjukkan bagaimana media cetak boleh menjadi ejen perubahan, yang mempengaruhi perkembangan intelektual dan budaya yang bertumpukan di Tanah Melayu.
Kata kunci: Majalah Sinaran; Tanah Melayu; Karim Ghani; Melayu; Islam
Abstract: Singapore's position as a trade hub has transformed it into a magnet for journalists, writers, literary figures, and film stars seeking inspiration for their works. This has indirectly contributed to the growth of the printing, press, media, and entertainment industries. Such a dynamic environment also fostered the emergence of Malay-language newspapers and magazines, such as Majalah Sinaran. These publications played a crucial role in the intellectual, social, and political development of the Malay community, both before and after the independence of Malaya. Majalah Sinaran, first published in 1950, had a strong focus on religious issues and played a significant role in addressing Islamic matters in Malaya and beyond. This study aims to examine the development and role of Majalah Sinaran as an Islam-themed magazine in Malaya from 1950 to 1951. Employing a fully qualitative approach, the research incorporates heuristic processes, criticism, analysis, and historiography to understand the magazine’s impact. The findings reveal that Majalah Sinaran played a pivotal role in advocating for Islamic-related issues in Malaya. Its involvement in significant events, such as the Natrah tragedy, further underscored its influence. During this incident, the magazine's editor, Karim Ghani, wrote articles that alarmed British authorities, who perceived the publication as a threat to their governance. This study highlights the significant contributions of Majalah Sinaran in shaping the discourse on Islamic issues in Malaya. Its bold editorial approach not only provided a platform for intellectual discussions but also reflected the broader socio-political aspirations of the Malay community. Furthermore, this study demonstrates how print media can serve as an agent of change, influencing intellectual and cultural development centered in Malaya.
Keywords: Sinaran, Malaya, Karim Ghani, Malay, Islam
References
Drs. A. M. Iskandar Haji Ahmad. (1980). Persuratkhabaran Melayu 1876-1968. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Fatini Yaacob. (2010). Natrah (1937-2009) Nadra @ Huberdina Maria Hertogh @ Bertha: Cinta, Rusuhan, Air Mata. Johor: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.
Husain Haikal & Atiku Garba Yahaya. (1996). Muslim Organizations In Singapore: An Historical Overview. Islamic Studies, 35(4), 435–447.
Haja Maideen. (1989). Kontroversi Maria Hertogh, Tragedi Nadra. Selangor: Ibs Buku Sdn.Bhd.
Hamedi Mohd Adnan & Jenny Heng Gek Koon. (2010). Trend Pendapatan Iklan Bagi Majalah Melayu dan Inggeris. Jurnal Pengajian Media Malaysia, 12(2), 98.
Hamedi Mohd Adnan. (2013). Majalah Melayu Selepas Perang: Editorial, Sirkulasi dan Iklan. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Hamedi Mohd Adnan. (2015). 100 Akhbar Melayu. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan & Buku Malaysia.
Tom Eames Hughes. (1980). Tangled Worlds: The Story of Maria Hertogh. Institute of Southeast Asian.
Majalah Sinaran. Bil. 1. 14 Ogos 1950.
Majalah Sinaran Bil. 15, 25 November 1950.
Majalah Sinaran. Bil. 17, 9 Disember 1950.
Majalah Sinaran. Bil. 20. 20 Januari 1951
Majalah Sinaran. Bil. 24. 3 Februari 1951.
Majalah Sinaran. Bil. 26 17 Februari 1951. Malaya Tribune. 19 December 1950
Mohd Firdaus Abdullah, Arba’iyah Mohd Noor, Mohd Shahrul Azha Mohd Sharif, Norasmahani Hussain & Norazilawati Abd Wahab. (2021). Di Sebalik Isu Natrah, 1950 : Reaksi Pembaca The Straits Times Terhadap Tragedi Natrah. Journal of Al-Tamaddun. 16(1), 47-64.
Mohd Shahrul Azha Mohd Sharif, & Arba’iyah Mohd Noor. (2019). Syed Abdullah Hamid Al-Edrus: Penulis Penerbit dan Pengasas Qalam. Sejarah: Journal of History Department, 28(1), 86-101.
Mohd Shahrul Azha Mohd Sharif, Arba’iyah Mohd Noor & Mohd Firdaus Abdullah. (2024). Di Sebalik Isu Perkahwinan Nadrah: Tumpuan Terhadap Pandangan Ahmad Luthfi dalam Majalah Qalam (1950–1963). Kajian Malaysia, 42(1), 341-365
Mohd Shahrul Azha Mohd Sharif, Arba’iyah Mohd Noor & Mohd Firdaus Abdullah. (2022). Perkembangan Syarikat Percetakan Qalam Press, 1948-1969. Jurnal Komunikasi, 38(1), 179-200.
Mohd Shahrul Azha Mohd Sharif, Arba’iyah Mohd Noor & Mohd Firdaus Abdullah. (2021). Belenggu Pemikiran Masyarakat Melayu Islam di Tanah Melayu: Peranan Majalah Qalam Sebelum Merdeka (1950-1957). ISLĀMIYYĀT, 43(1), 15-26.
Mohd Shahrul Azha Mohd Sharif. (2021). Peranan Majalah Qalam dalam Isu Sosiopolitik Masyarakat Melayu, 1950-1970. [Thesis Doctor of Philosophy (Phd)]. Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya.
Syed Muhd Khairudin Al-Junied. (2008). The Aftermath of The Maria Hertogh Riots In Colonial Singapore (1950-1953). [Thesis Doctor of Philosophy (Phd)]. Department Of History, School of Oriental And African Studies (SOAS), University of London.
Full Text:
PDFDOI: http://dx.doi.org/10.17576/ebangi.2024.2104.37
Refbacks
- There are currently no refbacks.
-
_________________________________________________
eISSN 1823-884x
Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA
© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia