Gaya Bahasa dan Motivasi Pelajar Antarabangsa dalam Pembelajaran Bahasa Melayu
Abstract
Pelajar pascasiswazah antarabangsa di universiti tempatan perlu mengambil kursus Bahasa Melayu semasa pengajian mereka. Memandangkan pelajar berada di peringkat umur yang lebih matang dan mempunyai kepelbagaian latar belakang, adalah perlu bagi tenaga pengajar mengambil pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian. Permasalahan yang diperhatikan ialah senario di mana pelajar pascasiswazah kurang bermotivasi untuk memberi respon dan berinteraksi bersama tenaga pengajar atau rakan semasa mengikuti kelas Bahasa Melayu Komunikasi Antarabangsa (Malay Language for International Communication). Berdasarkan pemerhatian di dalam kelas, didapati gaya bahasa yang digunakan dalam kuliah boleh mempengaruhi motivasi pelajar. Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti hubungkait antara wacana dan gaya bahasa (verbal dan non-verbal) yang digunakan oleh tenaga pengajar dengan motivasi pelajar. Kajian ini menggunakan kaedah gabungan kuantitatif dan kualitatif, yang melibatkan 50 orang responden bagi pengumpulan data kuantitatif melalui soal selidik, dan 10 orang informan untuk temu bual bagi data kualitatif. Hasil dapatan soal selidik telah dianalisis dalam bentuk kekerapan, perbezaan dan peratusan. Manakala hasil dapatan temu bual dianalisis secara analisis kandungan menggunakan analisis tema melalui pengekodan dan pengkategorian. Dapatan kajian menunjukkan majoriti responden bersetuju bahawa gaya bahasa verbal yang merangkumi kata yang baik, bahasa kasual dan ramah telah meningkatkan motivasi pelajar. Gaya bahasa non-verbal seperti intonasi, mimik muka serta sikap positif tenaga pengajar juga didapati meningkatkan motivasi pelajar. Implikasi daripada kajian ini penting untuk mendedahkan kepentingan penggunaan bahasa verbal dan non-verbal yang baik oleh tenaga pengajar dalam mempengaruhi motivasi pelajar. Ia juga mendorong pelajar memberikan kerjasama yang baik serta bersikap responsif dalam proses pembelajaran.
Kata kunci: Gaya bahasa verbal; gaya bahasa non-verbal; motivasi pelajar; pelajar pascasiswazah antarabangsa; bahasa Melayu
Abstract: International postgraduate students in the local universities are required to take a Malay Language course. Due to their mature age and background, there is a need to adopt a teaching and learning style that is appropriate. The problem observed is a scenario where postgraduate students seem to have a lack of motivation to respond and interact with lecturers or peers while attending Malay Language for International Communication classes. Based on classroom observation, it was found that the language style can influence students' motivation. It also encouraged students to provide good cooperation and be responsive in the learning process. This study was conducted to identify the relationship between discourse and language styles (verbal and non-verbal) used by teachers and student motivation. This study is quantitative (online questionnaire) and qualitative (interview). The study involved 50 respondents (questionnaire) and 10 (interview). The data from the survey was analysed in terms of frequency, differences and percentages. The interview data was analysed through a content analysis that was thematically coded and categorised. The findings showed the majority of respondents agreed that verbal language styles (good words, casual, and friendly language) had increased student motivation. Non-verbal language styles (intonation, facial expressions, and teachers' positive attitudes) were also found to increase student motivation. The implications of this study are important in revealing the importance of good use of verbal and non-verbal language in influencing student motivation. It also encouraged students to cooperate well and be responsive in the learning process.
Keywords: Verbal language style; non-verbal language style; students’ motivation; international postgraduate students; Malay language
References
Akio, D. C. Y., Theresa, M. G., Wasim, C. C., & Ramil, S. (2023). The experiences of casual 2nd language English users: An ethnographic study. International Journal of Multidisciplinary Research and Publications (IJMRAP), 6(6), 20–23. https://ijmrap.com/wpcontent/uploads/2023/11/IJMRAP-V6N5P177Y23.pdf
Andi, T. L. A.C. (2020). Realization of actional competence in mood types of casual conversation. Journal of English Education and Teaching (JEET), 4(1), 20–35. 10.33369/jeet.4.1.20-35
Abdul, W. H., Salehuddin, K., Mohammed, A. M., & Imran, H. (2020). Eufemisme perceraian dalam masyarakat Melayu Sarawak: Analisis semantik kognitif. Journal of Language Studies, 20 (4), 74–94. http://doi.org/10.17576/gema-2020-2004-05
Baderun, M. H., Khairuddin, W. H., & Mahmood, A. R. (2024). A discourse on atheism within Malaysian society. e-Bangi: Journal of Social Sciences & Humanities. 21(3), 79–87. https://doi.org/10.17576/ebangi.2024.2103.04
Irungu, M. N., Nyagah, G., & Mugambi, M. (2019). Learner - teacher non-verbal interaction effect on academic achievement of learners in chemistry. African Educational Research Journal, 7(2), 88 – 96. 10.30918/AERJ.72.19.019
Khalip, M., & Abd Halim, H. (2015). Kemahiran interpersonal guru dan hubungan dengan pencapaian akademik pelajar. Jurnal Pendidikan Malaysia, 40(2), 89–99. https://ejournal.ukm.my/jpend/article/view/13227/4164
Kariuki, M. G., & Mbugua, Z. K. (2018). Influence of student motivation by teachers on academic performance in public secondary schools in Nyeri and Kirinyaga countries, Kenya. Pedagogical Research, 3(4), 14. https://doi.org/10.20897/pr/394
Losius, G., Khairuddin, A., & Rosy, T. (2021). Pengaruh profesionalisme guru terhadap pencapaian akademik sekolah-sekolah berprestasi rendah luar bandar. My Jurnal. 3(1), 127–139. https://myjurnal.mohe.gov.my/public/article-view.php?id=170602
Lau, Y. W. S., Lambri, A., & Kiting R. (2020). Penguasaan kemahiran membaca bahasa Melayu responden bukan penutur jati di Bintulu, Sarawak. EDUCATUM Journal of Social Sciences, 6(1), 33–42. 10.37134/ejoss.vol6.1.4.2020
Ma’alip, H., Yahaya, A., Koay, T. Y., Rathakrishnan, B., Maakip, I., Ahmad, H., Mohamad, A. Z., & Ahmad N. (2020). Pembentukan modal insan: Hubungan konsep kendiri, personaliti, dan pencapaian akademik pelajar sekolah menengah. Southeast Asia Psychology Journal, 8(2), 103–122. https://doi.org/10.51200/sapj.v8i2
Ma’alip, H., Zakaria, K., Che Roza, C. H., & Zulkipli, N. A. (2021). Motivasi dan halangan bagi pelajar asing menguasai bahasa Melayu melalui pembelajaran secara dalam talian di Universiti Teknologi Malaysia. LSP International Journal, 8(2), 41–54. https://doi.org/10.11113/lspi.v8.17945
Mashudi, R. (2022). Proses pembelajaran dalam talian dari perspektif strategi komunikasi dan kesopanan. Journal of Communication, Language and Culture, 2(1), 20–30. https://doi.org/10.33093/jclc.2022.2.1.2
Marcos, R. I. S., Fernández, V. L., González, M. T. D., & Phillips-Silver, J. (2020). Promoting children’s creative thinking through reading and writing in a cooperative learning classroom. Thinking skills and creativity. Science Direct, 36 (4), 100663. https://doi.org/10.1016/j.tsc.2020.100663
Mesman, N., Rashidi, N., Jumadi, D., & Bakri, M. (2023). Perancangan penguasaan kosa kata bahasa Melayu pelajar antarabangsa semasa mengikuti pembelajaran dalam talian. Jurnal Dunia Pendidikan, 4(4), 301–309. https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/21296
Muammar, S. (2020). Tahap amalan kepimpinan distributif dan hubungannya dengan motivasi guru di kolej vokasional. Jurnal Penyelidikan Teknokrat. 23(12), 72–83. http://myjms.moe.gov.my/index.php/jpt
Muhd Zulkifli, N. Z., Wan Mohamad, W. M. R., Shahlan, S., & Jamaludin, B. (2019). Aspek budaya Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa asing. PENDETA Journal of Malay Language, Education and Literature, 10(9), 121 – 133. 10.37134/pendeta.vol10.9.2019
Rahman, A., & Susilo, A. (2024). The analysis of women's leadership communication styles in group communication. e-Bangi: Journal of Social Sciences & Humanities, 21(3), 698–705. https://doi.org/10.17576/ebangi.2024.2103.55
Muhd Shukor, R., Mohd Rusli, N. F., & Nallaluthan, K. (2021). Eufemisme dan disfemisme dalam komunikasi pelajar berdasarkan prinsip kesantunan Leech. PENDETA: Journal of Malay Language, Education and Literature, 12(1), 1–10. https://doi.org/10.37134/pendeta.vol12.1.1.2021
Schneider, S., Krieglstein, F., Beege, M., & Daniel, R. G. (2022). The impact of video lecturers’ nonverbal communication on learning – an experiment on gestures and facial expressions of pedagogical agents. Journal of Computers and Education, 176(1) 104350. https://doi.org/10.1016/j.compedu.2021.104350
Syed Ismail, S. H., & Haizan, M. M. (2023). Kepentingan kecerdasan emosi dan pengaruhnya ke atas komunikasi berkesan kakitangan agensi penguat kuasa. Jurnal Komunikasi, 39(4), 202–223. https://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1610
Shaari, A. G., Izam, M. Y., Awang, N., & Mohd, I. (2017). Amalan pedagogi berpusatkan pelajar dan masalah yang dihadapi guru-guru pelatih program pensiswazahan guru untuk mengamalkan pedagogi berpusatkan pelajar semasa praktikum. Prosiding ICECRS, 1 (599–608). http://dx.doi.org/10.21070/picecrs.v1i1.531
Ujai, D. S., & Wan, M. R. (2017). Pengaruh faktor sosial dalam pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan responden iban. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 7(1), 74–84. http://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/issue/view/43
Veloo, V. R. M., & Ayob, A. (2020). Pembelajaran abad ke-21: Implikasi terhadap sikap, motivasi dan pencapaian bahasa Melayu murid sekolah menengah. International Journal of Education, Psychology and Counseling, 5 (37), 331–349. 10.35631/IJEPC.5370027
Zulkifli, M., Buhari, N., & Hassan, N. A. (2019). Eufemisme cerminan nilai sosiobudaya masyarakat Malaysia. Sains Insani. 4(2), 37 – 48. https://doi.org/10.33102/jsi2019.4.2.05
Zukeflli, N. N., & Subramaniam, V. (2018). Paralinguistik dalam pemerolehan bahasa kanak-kanak. International Journal of Language Education and Applied Linguistics, 8(1), 10–17 https://doi.org/10.15282/ijleal.v8.526
Zakaria, N. S., Norul’Azmi, N. A., & Baharuddin, H. (2019). Kemahiran komunikasi bukan lisan: Satu kajian terhadap guru pelatih bukan opsyen dalam pengajaran bahasa Arab. ATTARBAWIY: Malaysian Online Journal of Education, 3(2), 1–10. https://doi.org/10.53840/attarbawiy.v3i2.29
Full Text:
PDFDOI: http://dx.doi.org/10.17576/ebangi.2024.2104.27
Refbacks
- There are currently no refbacks.
-
_________________________________________________
eISSN 1823-884x
Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA
© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia