Pola Sikap dan Sokongan Pengundi Muda (Undi-18) Terhadap Integriti Calon dan Parti Dalam Pilihanraya Umum 15 (PRU15) (Patterns of Attitudes and Support among Young Voters (18-Year-Old Voters) Towards the Integrity of Candidates and Parties in the 15th General Election (GE15))

Nik Hairi Omar, Arena Che Kasim, Jamiah Manap

Abstract


Abstrak: Artikel ini meneliti pola sikap dan sokongan pengundi muda kali pertama (undi-18) terhadap integriti calon dan parti-parti politik yang bertanding dalam Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15). Objektif utama artikel ini adalah untuk mengenalpasti tahap penerimaan terhadap undi-18 dan kesanggupan keluar mengundi; mengenalpasti pola sikap pengundi berteraskan nilai-nilai integriti calon dan parti; memahami pola sikap berteraskan realiti politik semasa; dan menilai pandangan terhadap integriti gabungan parti-parti yang bertanding dalam PRU15. Data kajian diperolehi menerusi tinjauan soal selidik rawak kelompok yang dijalankan secara atas talian melibatkan lebih 40 kumpulan belia di seluruh negara sebelum PRU15 berlangsung. Berdasarkan analisis terhadap 370 sampel kajian, dapatan menunjukkan lebih 80% mempunyai pandangan positif (setuju dan sangat setuju) dengan keputusan kerajaan meluluskan dasar Undi-18 dan menganggap ia adalah keputusan yang tepat. Kesanggupan keluar mengundi responden pula amat tinggi iaitu sekitar 86.7-88.6%. Majoriti responden (68-97%) menunjukkan pola sikap politik yang mengidamkan ciri-ciri pemimpin dan parti politik yang berintegriti tinggi. Namun, majoriti sedar tidak semua calon dan parti politik adalah berintegriti tinggi dan akan membuat pilihan yang terbaik semasa memilih. Dapatan juga menunjukkan majoriti pengundi kali pertama mempunyai sikap politik partisan dan cenderung untuk memberi undi kepada parti yang telah ditetapkan sejak awal. Penilaian terhadap integriti gabungan parti-parti politik pula menunjukkan gabungan PN dinilai paling berintegriti, diikuti PH, GTA dan BN. Artikel merumuskan bahawa pengundi kali pertama menginginkan sebuah kerajaan yang adil dan bertanggungjawab. Mereka juga sentiasa memerhati dan menganalisis perkembangan politik tanah air serta mempunyai penilaian tersendiri terhadap calon-calon dan parti yang bertanding dalam PRU15.

Kata kunci: Pola sikap politik; sokongan politik; pengundi muda; undi-18; integriti; PRU15.

Abstract: This article examines the patterns of political attitudes, and support among first-time young voters (18-years-old voters) towards the integrity of candidates and political parties contesting in the 15th General Election (GE15). The main objectives of this article are: to identify the level of acceptance towards 18-year-old voters and their willingness to vote; to identify the patterns of voter attitudes based on the values of candidate and party integrity; to understand the patterns of attitudes based on the current political realities; and to evaluate perceptions towards the integrity of the coalitions of political parties contesting in GE15. The research data was obtained through a random cluster survey, conducted online involving more than 40 youth groups nationwide before the GE15. Based on the analysis of 370 samples, the findings show that more than 80% of respondents have a positive view (agree and strongly agree) of the government's decision to approve the 18-year-old voting policy and consider it right. The respondents' willingness to vote is also very high, between 86.7-88.6%. Most respondents (68-97%) show a pattern of political attitudes that desire leaders and political parties with high integrity. However, the majority know that not all candidates and political parties are clean and will make the best voting choices in GE15. The findings also show that the majority of first-time voters have a partisan political attitude and tend to vote for the party they are affiliated with. The assessment of the integrity of the political party coalitions shows that the PN coalition is rated as the most integral, followed by PH, GTA, and BN. The article concludes that first-time voters desire a fair and responsible government. They also constantly observe and analyze the country's political developments and have their assessments of the candidates and parties contesting in GE15.

Keywords: Political attitude patterns; political support; young voters; vote-18; integrity; GE15

References

Ahmad, A. L., Othman, S. S., & Chang, P., K. (2018). Pengaruh kepemimpinan dan manifesto parti terhadap tingkah laku pengundi di Malaysia. Jurnal Komunikasi, 34(4), 189-205.

Ahmad, Z., Jawan, J. A., & Kasim, M. Y. (2016). Kelakuan mengundi belia di Malaysia. Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Aldrich, J. H. (1993). Rational choice and turnout. American Journal of Political Science, 37(1), 246-278.

Ali, M., & Mansor, S. (2016). Politik belia di Malaysia. Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Awang Besar, J. (2022). Geopolitik Melaka dan pilihan politik pengundi dalam pilihan raya Dun Melaka 2021. e-Bangi: Journal of Social Sciences and Humanities, 19 (1). 64-80.

Awang Besar, J. (2022). Perspektif belia terhadap isu sosioekonomi dan politik di kawasan DUN Peramu Jaya, Pekan, Pahang. e-Bangi: Journal of Social Sciences and Humanities, 19 (7). 379-394.

Awang Besar, J., Zakaria, S. M., Mohamed Nor, M. N., Mansor, S., & Nik Hairi Omar. (2022). Geopolitik di kawasan parlimen (P019) Tumpat, Kelantan. e-Bangi: Journal of Social Science and Humanities, 19 (6): 43-60.

Banducci, S. A., & Karp, J. A. (1998). The impact of candidate personal characteristics on voter choice. Political Behavior, 20(3), 189-204.

Buchanan, J. M., & Tullock, G. (1962). The calculus of consent: Logical foundations of constitutional democracy. University of Michigan Press.
Campbell, A., Converse, P. E., Miller, W. E., & Stokes, D. E. (1960). The American voter. Wiley.

Downs, A. (1957). An economic theory of democracy. Harper and Row.
Hamedan, N. N., Shekh Alsagoff, S. A., & Ahmad Ghazali, A. H. (2019). Media, isu dan tingkah laku pengundi dalam Pilihan Raya Umum ke-14: Satu kajian Awal. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, Jilid 35(2) 2019: 293-312.

Hooks, B. (2010). Teaching critical thinking: Practical wisdom. Routledge.
Horowitz, D. L. (1985). Ethnic groups in conflict. University of California Press.

Jasmi, K. A., Mohamed, A. K., & Dolah, M. H. A. (2020). Kesan media sosial terhadap tingkah laku pengundi muda di Malaysia. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 7(2), 12-27.

Lazarsfeld, P. F., Berelson, B., & Gaudet, H. (1944). The people's choice: How the voter makes up his mind in a Presidential Campaign. Duell, Sloan and Pearce.

Lipset, S. M. (1960). Political man: The social bases of politics. Doubleday.
Mahmod, A. F., Hambali, S. N., & Mohd Sani, M. A. (2022). Persepsi pemilih muda terhadap isu-isu utama dalam PRU-15 di Malaysia. Jurnal Komunikasi, 38(1), 266-284.

Malaysia GE15 / PRU15 & 6 states elections - Results overview. (2023, Ogos 12). The Star. https://election.thestar.com.my
Mansbridge, J. (1999). Voting behavior and the ethical foundations of Democratic Theory. American Political Science Review, 93(3), 673-686.

Mat Jali, F., & Awang Besar, J. (2023). Faktor-faktor yang mempengaruhi pengundian pengundi muda di Malaysia. Jurnal Kajian Malaysia, 41(2), 45-68.

Mohd Awal, N. Z., Azman, A., & Mansor, N. (2021). Pengaruh faktor demografi dan sosioekonomi terhadap tingkah laku pengundi di Malaysia. Jurnal Pengurusan Awam, 18(2), 1-18.

Mohd Basori, N. E., & Awang Besar, J. (2020). Pengaruh media terhadap sokongan kepada parti politik di Malaysia. e-Bangi: Journal of Social Sciences and Humanities, 17(5), 62-80.

Mohd Dzaki, M. Z., (2021). Kelancaran peralihan kuasa politik di Malaysia pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14). Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), Volume 6, Issue 6, (53 - 59), 2021.

Mohd Sani, M. A., Mohamed Nor, N., & Hamil, J. (2016). Pengaruh isu semasa terhadap tingkah laku pengundi di Malaysia. Jurnal Komunikasi, 32(1), 209-228.

Mohd Zaki, M. Z. (2022). Sifat dan tingkahlaku politik pengundi Undi-18 di Institusi Pengajian Tinggi (IPTS) di Pulau Pinang. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH). Vol 7, Issue 11, e001941. DOI: https://doi,org/10.47405/mjssh.v7i11.1941

Nair, S. (2018). The 2018 Malaysian General Election: Rethinking the political landscape. Journal of Current Southeast Asian Affairs, 37(3), 3-14.
OECD (2017). Integrity and public trust in the public sector. OECD Public Governance Reviews, OECD Publishing, Paris. https://doi.org/10.1787/public-integrity-2017-en

Othman, Z., Nasarah, S. A., & Mansor, S. (2019). Peranan identiti etnik dan agama dalam tingkah laku pengundian di Malaysia. Jurnal Kajian Malaysia, 37(1), 57-75.

Pandian, S. (2010). Pemimpin, parti dan demokrasi di Malaysia. Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Pengundi muda, baharu masih 'atas pagar', berpotensi jadi penentu. (2022, Oktober 11), Berita Harian Online. https://www.bharian.com.my

Saleh, Y., Boyman, S. N., Mahat, H., Hashim, M., Nayan, N., Norkhaidi, S. B., & Suhaili, S. (2020). Pola sokongan pengundi muda sebelum Pilihan Raya Umum ke 14 di Malaysia. GEOGRAFIA OnlineTM Malaysian Journal of Society and Space, 16 issue 1 (80-94) © 2020, e-ISSN 2682-7727 https://doi.org/10.17576/geo-2020-1601-07

Siarap, K., Mustaffa, C. S., & Mustafa, H. (2017). Peranan gender dalam tingkah laku pengundian di Malaysia. Jurnal Komunikasi, 33(1), 95-111.

Tuan Muhamad Adnan, T. B. (2022, Oktober 20). Lebih sejuta belia usia 18 hingga 20 tahun mengundi kali pertama. Sinar Harian Online. https://www.sinarharian.com.my

Weiss, M. L. (2019). Ethnicity and electoral politics in Malaysia. Cambridge University Press.

Welsh, B. (2018). Seismic shifts in Malaysia's political landscape: The 14th general election. The Round Table, 107(6), 761-771.
Widang, I., & Fridlund, B. (2003). Self‐respect, dignity and confidence: conceptions of integrity among male patients. Journal of Advanced Nursing, 42(1), 47-56.

Zulkifli, N., Omar, S. K., Johari, N. F., Hassan, M. S., & Mohamad Rosman, M. R. (2021). Pengaruh media baru dan penglibatan politik belia. Advances in Humanities and Contemporary Studies


Full Text:

PDF


DOI: http://dx.doi.org/10.17576/ebangi.2024.2103.40

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia