Hubungan di antara Stigma Sosial dan Sokongan Sosial terhadap Penglibatan Aktiviti Masyarakat dalam kalangan Bekas Banduan (The Relationship between Social Stigma and Social Support on Community Involvement among Ex-Prisoners)

Mohd Suhaimi Mohamad, Fauziah Ibrahim, Mohamad Rahim Kamaluddin, Divaghar Voothayakumar

Abstract


Penglibatan dalam aktiviti masyarakat merupakan salah satu indikator kejayaan pengintegrasian semula bekas banduan. Faktor stigma sosial dan sokongan sosial sering dikatakan mempengaruhi penglibatan ini. Kertas ini bertujuan untuk menilai hubungan antara stigma sosial, sokongan sosial, dan penglibatan aktiviti masyarakat dalam kalangan bekas banduan. Rekabentuk kajian kuantitatif melalui kaedah tinjauan digunakan dalam kajian ini. Seramai 250 orang bekas banduan yang berada di Lembah Klang telah direkrut untuk menjawab satu set borang soal selidik yang mengandungi tiga instrumen iaitu Multidimensional Scale of Perceived Social Support (MSPSS), Skala Stigma Sosial dan Skala Penglibatan dalam Aktiviti Masyarakat. Hasil kajian mendapati wujud hubungan positif yang signifikan antara sokongan sosial dan penglibatan aktiviti masyarakat. Manakala, terdapat hubungan negatif yang signifikan di antara stigma sosial dengan penglibatan aktiviti masyarakat dan sokongan sosial bekas banduan. Program intervensi yang spesifik perlu dibangunkan untuk mengurangkan stigma sosial dan meningkatkan sokongan sosial kepada bekas banduan. Semua pihak perlu bekerjasama secara strategik bagi mengurangkan kadar residivis dan memastikan bekas banduan berjaya berintegrasi semula dalam masyarakat.

Kata kunci: Stigma sosial; sokongan sosial; penglibatan; aktiviti masyarakat; bekas banduan.

Abstract: Involvement in community activities is one of the indicators of successful reintegration of ex-prisoners. Factors such as social stigma and social support are often said to influence this involvement. This paper aims to assess the relationship between social stigma, social support, and involvement in community activities among ex-prisoners. A quantitative study design using a survey method was employed. A total of 250 ex-prisoners in the Klang Valley were recruited to respond to a questionnaire consisting of three instruments: the Multidimensional Scale of Perceived Social Support (MSPSS), the Social Stigma Scale, and the Community Activity Involvement Scale. The study found a significant positive relationship between social support and involvement in community activities. Conversely, there was a significant negative relationship between social stigma and involvement in community activities, as well as social support for ex-prisoners. Specific intervention programs need to be developed to reduce social stigma and enhance social support for ex-prisoners. Collaboration among all stakeholders is crucial to strategically reduce recidivism rates and ensure successful reintegration of ex-prisoners into society.

Keywords: Social stigma; social support; involvement; community activities; ex-prisoner

References

Buck, K., Cochran, A., Young, H., Gordon, M., Yuen, H., & Tucker, S. (2021). The facilitators and barriers faced when transitioning back into the community following a prison sentence. International Journal of Offender Therapy and Comparative Criminology, 66(10-11), 1156-1174.

Jasni, M.A., Abu Bakar Ah, S.H, Mohd Yusoff, J.Z., Md. Shahid, K., Omar, N. & Azman, Z. (2018). Pendiskriminasian dan stigma masyarakat ke atas bekas banduan di Malaysia. International Journal of Social Policy and Society, 14, 73-86.

Loewenthal, K. M. (2001). An introduction to psychological tests and scales. UCL Press Limited.

Mathlin, G., Freestone, M. & Jones, H. (2022). Factors associated with successful reintegration for male offenders: A systematic narrative review with implicit causal model. Journal of Experimental Criminology, (20221231), 1-40.

Mohd Alif, J., Noralina, O., Siti Hajar, A. B. A., & Norruzeyati, C. M. N. (2021). Makna dalam kehidupan dan makna Jalan Chow Kit berdasarkan teori interaksi simbolik: Kajian ke atas gelandangan bekas banduan. E-Bangi: Journal of Social Sciences and Humanities, 18(8), 82-106.

Mohd Suhaimi M., Divaghar V., Mohamad Rahim K., Fauziah I., Manisah M. A., & Kausalya D. S. (2023). Hubungan di antara jenis personaliti dengan tahap kesihatan mental dalam kalangan bekas banduan di Malaysia. ebangi: Journal of Social Sciences and Humanities, 20(1), 303-311.

Neuman, W. L. (2014). Social research methods: Qualitative and quantitative approaches (7th ed.). Pearson Education Limited.
Orcher, L. T. (2014). Conducting research: Social and behavioral science methods (2nd ed.). Routledge and Francis Group.

Sathoo, K.D. (2019). Pengaruh faktor individu, sokongan sosial dan penilaian pemulihan terhadap pengintegrasian semula Orang Diparol ke dalam Masyarakat: Kesihatan Mental sebagai Moderator. (Tesis Doktor Falsafah. Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia).

Sathoo, K., Ibrahim, F. & Wan Sulaiman, W. S. & Mohamad, M. S. (2021). Social Support for Optimal Reintegration of Malaysian Parolees into Community. International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences, 11(3), 431-443.

Shettima, F., Wakil, M., Rabbebe, I., Kudale, H., & Pindar, S. (2022). The relationship between social support, internalized stigma of mental illness and recovery attitude among patients with schizophrenia in maiduguri. American Journal of Psychology, 4(1), 10-21.

Shi, L., Silver, J., & Hickert, A. (2022). Conceptualizing and measuring public stigma toward people with prison records. Criminal Justice and Behavior, 49(11), 1676-1698.

Vivares, K. (2023). The Reintegration of Ex-Convicts in Society: A Case Study. International Journal of Social Science and Human Research, 6(10), 6173-6180.

Wang, D., Zhou, Y., Liu, Y., Hao, Y., Zhang, J., Liu, T., & Ma, Y. (2022). Social support and depressive symptoms: exploring stigma and self-efficacy in a moderated mediation model. BMC Psychiatry, 22(117), 1-10.

Zang, C., Guida, J., Sun, Y., & Liu, H. (2014). Collectivism culture, HIV stigma and social network support in Anhui, China: A path analytic model. Aids Patient Care and STDS, 28(8), 452-458.


Full Text:

PDF


DOI: http://dx.doi.org/10.17576/ebangi.2024.2103.31

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia