TINGKAH LAKU PENGUNDIAN ETNIK MELAYU PADA PILIHAN RAYA UMUM KE-14

Muhammad Marwan M. Shukrimun, Supyan Hussin

Abstract


Buat pertama kali dalam sejarah negara, UMNO/BN tumbang dalam Pilihan Raya Umum ke14 (PRU14). Banyak kerusi yang gagal dipertahankan termasuklah kawasan yang memiliki jumlah pengundi Melayu yang ramai. Perkara ini menimbulkan persoalan, adakah pengundi Melayu sudah tidak memilih parti berteraskan Melayu seperti UMNO? Kajian ini bertujuan melihat faktor yang mendorong pengundi Melayu melakukan perubahan dalam PRU-14. Kajian dilakukan secara kualitatif melalui temubual melibatkan responden yang menjadi pemegang taruh politik dan juga pakar politik negara. Secara umumnya, responden berpandangan rata-rata pengundi Melayu masih mengundi parti berteraskan Melayu atas faktor identifikasi parti dan sosiologi. Walau bagaimanapun, isu-isu yang berbangkit pada PRU-14 menepati teori pilihan rasional apabila ia turut mempengaruhi sebilangan pengundi Melayu. Kesimpulannya, pendekatan politik keetnikan kepada kaum melayu Melayu masih relevan sebagai kaedah meraih undi etnik Melayu. Namun faktor-faktor lain juga perlu diambil kira agar mendapat sokongan yang optimum. Kajian lanjut juga perlu dilakukan terutama terhadap pengundi di lapangan.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia