MASALAH KEBERSIHAN KAWASAN PELANCONGAN: KAJIAN KES DI PUSAT REKREASI PULAU CHEKAS, RAUB, PAHANG

Norsahida Ismail, Zurinah Tahir, Mohd Yusof Hussain, Jalaluddin Abdul Malek

Abstract


Pelancongan adalah suatu kajian manusia yang bertentangan dengan habitat semula jadi mereka serta penglibatan industri yang bertindak balas kepada keperluan mereka, dan memberi kesan ke atas diri mereka dan industri itu daripada sudut sosiobudaya,ekonomi dan persekitaran. Sesuatu kawasan pelancongan tersebut tidak akan berjalan dengan lancar sekiranya persekitaran tersebut mempunyai masalah kebersihan dan penyelenggaraan tidak diurus dengan baik. Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti masalah kebersihan yang timbul di kawasan kajian iaitu di Pusat Rekreasi Pulau Chekas, Raub, Pahang. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpastimasalah penyelenggaraan kebersihan, dan menganalisis langkah-langkah untuk meningkatkan tahap kebersihan di kawasan tersebut. Kaedah kajian yang digunakan adalah kajian perpustakaan dan kajian lapangan yang melibatkan edaran soal selidik. Sampel kajian terdiri daripada 140 orang pengunjung pusat rekreasi tersebut. Hasil kajian mendapati bahawa rata-rata pengunjung berpendapat bahawa persekitaran kawasan pusat rekreasi tersebut tidak berada dalam keadaan bersih ekoran longgokan sampah yang tidak diurus dengan baik. Masalah kebersihan di kawasan tersebut perlu diambil perhatian oleh pihak yang sepatutnya dan kerjasama para pengunjung juga sangat dititikberatkan. Oleh itu, kebersihan kawasan rekreasi perlulah dijaga supaya dapat memberi keselesaan kepada para pengunjung di samping dapat memelihara khazanah alam semulajadi. Hal ini juga dapat menjaga imej pusat rekreasi supaya dapat menarik lebih ramai para pengunjung untuk mengunjungi pusat rekreasi dan memperkenalkannya kepada negara luar. Secara keseluruhan, kajian ini dapat mengenalpasti tahap kebersihan di Pusat Rekreasi Pulau Chekas kerana kawasan rekreasi tersebut merupakan salah satu destinasi tumpuan pengunjung kerana kejernihan air sungai semulajadinya. Hasil kajian yang diperoleh akan dapat membantu dijadikan sebagai panduan bagi penyelenggaraan dalam mengatasi masalah kebersihan di pusat rekreasi.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia