APLIKASI TEKNIK KETARA SEDAR BAGI PEMERKASAAN KESIHATAN MENTAL SEMASA PANDEMIK COVID-19

Sheau Tsuey Chong, Hatta Sidi, Mohd Suhaimi Mohamad

Abstract


Kesan penularan pandemik COVID-19 di seluruh dunia adalah sangat signifikan dan ketara bukan sahaja dari segi kadar kematian tetapi juga dari segi kesihatan mental manusia sejagat. Kemerosotan ekonomi dan kesan terhadap kesihatan telah memberi impak besar terhadap kehidupan manusia. Kesan yang terjadi adalah secara langsung dan tidak langsung sehingga menyebabkan kesan yang mendalam, termasuklah kesihatan mental. Situasi ini menjejaskan kesejahteraan psikologi seseorang individu disebabkan oleh rasa ketidakpastian, tidak selamat, keresahan dan isolasi. Dalam kertas ulasan ini, dua pendekatan mudah yang boleh dipelajari oleh mana-mana individu dalam menguruskan tekanan bagi menangani isu-isu psikologikal yang mereka hadapi semasa pandemik COVID-19 iaitu teknik sedar-akal (mindfulness). Kedua-dua teknik ini dapat diajar secara dalam talian melalui bantuan kecemasan psikologi (psychological first aid) dalam perkhidmatan tele-kesihatan mental. Pengguna perkhidmatan tele-kesihatan mental digalakkan untuk mempraktikkan teknik sedar-akal dengan cara berdialog dengan diri sendiri sambil mengaplikasikan latihan-latihan sedar-akal yang telah dipelajari melalui bantuan kecemasan psikologikal. Pendekatan ini berupaya untuk mengurus fungsi mental yang lebih tinggi sehingga dapat menenangkan seseorang individu untuk berada pada tahap tenang. Tindakan ini akan dapat membantu seseorang untuk mengambil kesempatan ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekalkan tahap kesihatan optimum secara penjagaan kendiri.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia