ADAB MURID TERHADAP GURU MENURUT IBN JAMA’AH: APLIKASINYA DALAM KONTEKS PEMBELAJARAN DALAM TALIAN
Abstract
Bagi mengekang penularan virus COVID-19, sekolah dan institusi pendidikan terpaksa ditutup sekaligus mengubah norma pendidikan secara drastik dari pembelajaran bersemuka kepada pembelajaran dalam talian. Demi memastikan murid tidak ketinggalan dalam pelajaran, para guru di Malaysia berusaha keras untuk memastikan kelancaran proses pengajaran dalam talian. Namun begitu, usaha mereka seakan tidak berbaloi apabila murid tidak menunjukkan sokongan terhadap kelas maya yang diadakan oleh guru khasnya dalam pembelajaran secara segerak. Meskipun kedua-duanya tidak bertemu secara realiti, sikap negatif yang ditonjolkan oleh murid secara tidak langsung dikaitkan dengan pengabaian adab terhadap guru. Kajian ini bertujuan untuk menyediakan satu panduan kepada murid berkenaan adab terhadap guru melalui penerokaan terhadap karya Tadhkirat as-Sami’ wal Mutakallim fi Adab al-‘Alim wa al-Muta’alim nukilan Ibn Jama’ah (w. 733 H). Metodologi analisis kandungan telah dijalankan pada kitab terbabit bagi mendapatkan panduan adab murid yang relevan untuk diaplikasikan dalam konteks pembelajaran dalam talian secara segerak. Hasil kajian telah menemukan lapan tema merangkumi adab dari sudut menjaga penampilan diri, menepati masa, menumpukan perhatian terhadap guru, memberikan respon yang sewajarnya, tidak malu untuk bertanya, tidak melakukan urusan lain semasa guru sedang mengajar, tidak meremehkan pengajaran guru serta berterima kasih dan mendoakan guru. Kajian ini diharapkan dapat memberi pencerahan kepada para murid untuk terus mengekalkan budaya beradab terhadap guru tanpa mengira apa jua situasi pembelajaran. Implikasi kajian ini tidak ditumpukan kepada murid sekolah semata-mata, bahkan ia boleh dimanfaatkan oleh semua penuntut ilmu yang terlibat dengan pembelajaran dalam talian merentasi pelbagai bidang pengajian.
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.
-
_________________________________________________
eISSN 1823-884x
Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA
© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia