AKSESIBILITI SURAU DI DALAM PUSAT MEMBELI-BELAH SEBAGAI SEBUAH PUSAT IBADAT ISLAM

Shah Rizal, Syed Ahmad Iskandar Syed Ariffin

Abstract


Surau dilihat tidak setaraf masjid walaupun memiliki fungsi yang sama seperti masjid sebagai pusat ibadat, serta terbahagi kepada dua jenis iaitu surau sebagai sebuah bangunan seperti masjid atau sebagai sebuah bilik dan ruang solat. Surau tidak memiliki tipologi seni bina yang jelas yang menyebabkan kepelbagaian reka bentuk terhasil, serta berada di pelbagai aras dan lokasi terutama bagi surau di dalam bangunan awam seperti pusat membeli-belah. Pusat ibadat Islam haruslah memiliki kadar aksesibiliti sejagat untuk memudahkannya dikunjungi semua golongan terutama golongan kurang upaya, wanita, dan warga emas. Objektif kajian ini adalah untuk menyelidik kadar aksesibiliti surau di dalam pusat membeli-belah sebagai sebuah pusat ibadat Islam. Skop kajian yang dipilih adalah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, yang merupakan ibu negara Malaysia, sebagai sebuah pusat bandar dan pusat tumpuan pelancong di dalam dan di luar negara. 18 buah pusat membeli-belah dengan jumlah 42 buah surau dipilih di dalam kawasan skop kajian bagi tujuan pemerhatian. Dapatan kajian merekodkan pusat membeli-belah di Kuala Lumpur dibina dengan ketinggian 3 sehingga 12 tingkat dengan fasiliti surau pula dibina dipelbagai aras dari aras bawah tanah 3 sehingga aras ruang niaga di aras 8. Hanya 10% surau dibina di aras tanah manakala 57% pula dibina lebih tinggi dari aras tanah dan 33% pula dibina dibawah aras tanah. Seterusnya, surau di pusat membeli-belah tidak sepenuhnya menepati kehendak garis panduan dalam penyediaan fasiliti yang baik serta mudah diakses untuk semua golongan terutama golongan OKU, wanita, dan warga emas. 9 elemen aksesibilti yang dikaji iaitu kadar aksesibiliti, laluan akses, aras, di tengah bangunan, dekat pusat tumpuan awam, tidak tersorok dan terhalang, mudah dikunjungi, laluan masuk lelaki dan wanita berasingan, dan laluan OKU membuktikan surau di pusat membeli-belah tidak sepenuhnya direka bentuk untuk menerima semua jenis pengunjung.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia