KECENDERUNGAN BERTINDAK CURANG PADA ISTERI YANG SUAMINYA BEKERJA DI LUAR BANDAR DITINJAU DARIPADA FAKTOR KESEPIAN DAN KEPERLUAN AFILIASI (The tendency of cheating on the wife whose husband worked outside the city views from factor lonely and needs for affiliation)

Yohan Kurniawan, Henny Yulianti, Jaka Santosa Sugadijono

Abstract


Perbuatan curang atau di Indonesia dikenali dengan “selingkuh”, baik dengan mahupun tanpa
hubungan seks banyak terjadi dalam masyarakat semasa ini. Perbuatan curang dalam sebuah
perkahwinan dapat dilakukan oleh lelaki mahupun wanita. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti
apakah faktor kesepian dan keperluan menjalin hubungan yang rapat dengan orang lain
mempengaruhi terjadinya perilaku curang pada isteri yang suaminya bekerja di luar bandar. Kajian
yang dijalankan ini adalah sebuah kajian soal selidik menggunakan borang selidik pada tahun 2009 di
bandar Surabaya. Jumlah subjek yang terlibat dalam kajian ini seramai 35 responden. Teknik analisis
data yang digunakan adalah distribusi frekuensi dan analisis regresi linear. Hasil kajian ini
menunjukkan bahawa terdapat kesan daripada faktor perasaan sunyi dengan kecenderungan berlaku
curang pada Isteri yang suaminya bekerja di luar bandar. Hubungan yang terjadi antara faktor
perasaan sunyi dengan kecenderungan berbuat curang tersebut bersifat positif, hal ini bermakna
bahawa semakin kuat perasaan sunyi yang dirasakan seseorang, akan semakin kuat pula
kecenderungan berbuat curang. Hasil kajian juga menunjukkan terdapat pengaruh yang positif antara
perasaan kesepian dan keperluan menjalin hubungan yang rapat dengan orang lain dengan
kecenderungan berbuat curang (R=0,722). Walaupun kedua faktor memberi sumbangan yang
signifikan kepada wujudnya perilaku curang pada isteri yang suaminya bekerja di luar bandar, akan
tetapi faktor perasaan sunyi memberi kesan yang lebih kuat dibandingkan dengan faktor keperluan
menjalin hubungan rapat dengan orang lain.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia