PERANAN WHISTLEBLOWING DALAM MENINGKATKAN INTEGRITI ANGGOTA POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM): KAJIAN KE ATAS KONTINJEN PERAK (Practice of Whistleblowing to improve Integrity in Royal Malaysian Police (Rmp): A Study on Contingent of Perak)

Megat Ayop bin Megat Arifin, Abd . Halim b. Ahmad

Abstract


Praktik whitsleblowing merupakan salah satu amalan positif dalam organisasi yang mampu untuk meningkatkan tahap integriti ahli-ahli dalam sesebuah organisasi. Namun begitu, praktik whistleblowing juga turut tidak dapat mengelak daripada mengundang pelbagai respon khususnya dalam kalangan ahli organisasi itu sendiri. Praktik sebegini turut dilihat sebagai salah satu faktor yang boleh memudaratkan organisasi di samping mendedahkan pelapor (whistleblower) kepada beberapa bentuk ancaman ugutan dari luar dan diskriminasi dalam organisasi. Kertas ini merupakan satu upaya untuk melihat perkaitan antara persepsi anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Perak melalui peranan amalan whistleblowing terhadap persepsi peningkatan integriti anggota. Seterusnya, mengenalpasti maksud whistleblowing dan pengaruhnya terhadap tahap integriti anggota dalam organisasi. Kajian ini menggunakan analisis kuantitatif berbentuk deskriptif bagi mengenalpasti corak hubungan yang wujud antara persepsi terhadap amalan whistleblowing dengan persepsi terhadap peningkatan integriti berdasarkan tiga pembolehubah asas iaitu faktor demografi, tanggapan terhadap praktik whistleblowing dan kesan daripada tindakan membuat laporan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa anggota PDRM Perak mempunyai persepsi yang positif terhadap praktik whistleblowing yang mana ianya dilihat perlu dilaksanakan dalam meningkatkan integriti anggota.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia