PRIVASI DAN KESELAMATAN MAKLUMAT DALAM KALANGAN PENGGUNA INSTAGRAM KETIKA MEMBELI PRODUK SECARA DALAM TALIAN (Privacy and Safety of Information among Instagram Users when Purchasing Products via Online)

Nurul Madiha Mohd Ilham, Mohd Azul Mohamad Salleh

Abstract


Perkembangan aplikasi media sosial telah mengubah masyarakat untuk lebih terbuka dari segi komunikasi dan penggunaan teknologi komunikasi. Media sosial membolehkan pengguna mengakses maklumat dalam kehidupan seharian. Media sosial juga menjadi platform untuk para peniaga mempromosi, menjual produk dan berinteraksi dengan pengguna lain. Artikel ini membincangkan privasi dan keselamatan maklumat dalam kalangan pengguna Instagram ketika membeli secara dalam talian. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif iaitu secara soal selidik yang diedarkan kepada 200 orang responden berbangsa Melayu di Lembah Klang. Kajian mendapati pengguna menggunakan Instagram untuk mendapatkan maklumat ketika proses pembelian produk. Selain itu, kajian juga menunjukkan pengguna mempunyai kesedaran serta pengetahuan mengenai privasi dan keselamatan maklumat. Namun begitu pengguna tidak risau untuk terus membeli produk melalui dalam talian. Kajian ini signifikan untuk dijadikan garis panduan bagi peniaga untuk mengetahui tingkah laku pembeli dalam talian.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia