ISU PRIVASI DAN KESELAMATAN DALAM KALANGAN PENGGUNA APLIKASI MEDIA SOSIAL (Privacy and Security Issues among Users of Social Media Applications)
Abstract
Perkembangan aplikasi media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter dan sebagainya telah diadaptasi dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, politik dan perniagaan. Media sosial ini memberikan kesan yang positif kepada mereka yang mengendalikan perniagaan secara dalam talian untuk mempromosi, membuat publisiti, menjual produk dan berkomunikasi. Kajian ini membincangkan kepentingan aspek privasi dan keselamatan sewaktu menggunakan media sosial sebagai medium untuk membeli dan menjual produk, serta sewaktu berkomunikasi dengan pihak pembekal dan pembeli. Kajian-kajian dalam aspek ini menyatakan kepentingan aspek privasi dan keselamatan sewaktu menggunakan platform media sosial sebagai medium untuk mendapatkan maklumat atau berkomunikasi terutamanya apabila melibatkan perniagaan atau pembelian sesuatu produk secara dalam talian. Kajian ini membincangkan data kaedah kualitatif iaitu analisis kandungan terhadap pengalaman pengguna mengenai isu privasi dan keselamatan sewaktu menggunakan aplikasi media sosial. Kajian mendapati majority pengguna mempunyai kesedaran dan mengetahui isu privasi dan keselamatan maklumat sewaktu berurusan secara dalam talian, terutama melalui media sosial. Pengguna menggunakan media sosial untuk mendapat dan memantau maklumat yang dikongsi oleh rakan yang lain berkaitan produk yang hendak dijual. Oleh itu, kajian ini menyarankan sepaya pengguna harus lebih berhati-hati tentang isu keselamatan dan privasi apabila berkongsi maklumat peribadi terutamanya maklumat yang berkaitan dengan urusan perniagaan secara dalam talian.
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.
-
_________________________________________________
eISSN 1823-884x
Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA
© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia