TAHAP PENGETAHUAN AGAMA DALAM KALANGAN BANDUAN PAROL: KE ARAH PEMBENTUKAN AKHLAK SEJAHTERA (Knowledge Level among Prisoners of Parole: Towards Establishment of a Prosperous Character)
Abstract
Pengetahuan agama merupakan elemen penting seseorang individu ke arah pembentukan akhlak yang sejahtera. Oleh itu, objektif kajian dalam artikel ini adalah untuk mengukur tahap pengetahuan agama dalam kalangan banduan parol di Malaysia. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan reka bentuk tinjauan keratan-lintang (cross-sectional survey) secara kuantitatif. Seramai 280 orang diparol (ODP) yang sedang menjalani program pengawasan parol di Semenanjung Malaysia telah dipilih sebagai responden kajian. Data yang diperoleh telah dianalisis dengan menggunakan ujian deskriptif. Hasil kajian menunjukkan majoriti banduan parol yang terlibat dalam kajian ini mempamerkan tahap pengetahuan agama pada tahap sederhana dan rendah iaitu masing-masing mencatatkan peratusan sebanyak 48.6 peratus. Hasil kajian menunjukkan hanya 2.9 peratus sahaja dalam kalangan banduan parol menunjukkan tahap pengetahuan agama yang tinggi. Hasil kajian ini memberi implikasi ke arah pemantapan program kerohanian yang melibatkan banduan parol bagi tujuan membina kesedaran dan keinsafan yang tinggi untuk menjadi seorang yang berperibadi mulia dan mampu membentuk jati diri yang lebih sejahtera dengan mematuhi peraturan dan undang-undang negara.
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.
-
_________________________________________________
eISSN 1823-884x
Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA
© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia