Digital Library: A Survey on the Definition of Concept and Comparison of Understanding among Chief Librarians in Malaysia
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk merumuskan satu definisi konsep perpustakaan digital yang komprehensif menurut pandangan penulis dan seterusnya membandingkan dengan pengertian konsep yang difahami oleh pustakawan akademik di Malaysia. Berdasarkan perbandingan konsep tersebut dapat dirumuskan sama ada pustakawan hanya mengetahui konsep perpustakaan digital secara permukaan atau pun menyeluruh. Kajian ini menggunakan gabungan dua kaedah iaitu pertama, tinjauan kepustaan dan kedua tinjauan menggunakan temubual sebagai teknik pengumpulan data. Kaedah pertama digunakan untuk melihat definisi konsep perpustakaan digital yang sedia ada supaya menjadi asas pembentukan definisi oleh penulis. Kaedah kedua pula digunakan untuk membandingkan definisi penulis dengan definisi seperti yang difahami oleh responden yang terdiri dari ketua pustakawan akademik di Malaysia. Penemuan menunjukkan responden tidak memahami konsep perpustakaan digital secara lengkap (berdasarkan definisi penulis), sebaliknya hanya memahami konsep tersebut berdasarkan tanggapan mereka sahaja. Bagaimanapun, analisis data mendapati responden tidak tersasar jauh keranan definisi mereka mengandungi sekurang-kurangnya satu elemen teras dalam definisi perpustakaan digital yang komprehensif seperti yang ditawarkan oleh penulis.
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.
e-ISSN : 2289-2192
For any inquiry regarding our journal please contact our editorial board by email apjitm@ukm.edu.my