Computer Competency Level Based on Job Function in Malaysia

Hazilah Mohd. Amin, Juhana Salim, Salwani Abdullah, Hairulliza Mohamed Judi, Nor Azan Mat Zin

Abstract


Perkembangan pantas teknologu komputer (IT) telah merevolusikan cara pekerjaan diuruskan dan dilaksanakan. Institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta perlu peka terhadap perkembangan semasa terutamanya dalam bidang IT dan memastikan kursus-kursus yang ditawarkan kepada pelajar adalah terkini, relevan dan berkesan. Artikel ini merupakan sebuah laporan kajian tinjauan untuk meneroka jangkaan majikan terhadap kemahiran generik dan kemahiran komputer yang pelajar perlu mahiri mengikut fungsi pekerjaan. Sejumlah 217 pengurus syarikat dalam berbagai bahagian/jabatan telah menjawab soalselidik yang telah diedarkan bagi tujuan pengumpulan data. Antara andaian yang dibuat oleh kajian ini adalah bahawa kemahiran ICT yang berlainan diperlukan oleh jenis pekerjaan yang berlainan. Kajian in mendapati kemahiran komputer adalah antara kemahiran yang penting untuk dimahiri oleh graduan sebagai persediaan untuk memasuki alam pekerjaan. Kemahiran generik lain yang dianggap penting  oleh majikan adalah kebolehan bekerja dalam kumpulan, kemahuan bekerja keras, kebolehan cepat belajar, komunikasi, pengurusan masa, kemahiran menyelesaikan masalah, bermotivasi dan kemahiran analitikal. Umumnya, kemahiran komputer yang paling dikehendaki oleh majikan masa kini adalah rangkaian dan pangkalan data manakala kemahiran komputer secara spesifik adalah download/upload fail, aturcara web, rekabentuk dan queri pangkalan data, install/upgrade perisian, bina dan edit pangkalah data, dan pemproses kata. Kemahiran program komputer yang telah dikenalpasti sebagai penting oleh pengurus syarikat ketika ini adalah HTML, SQL, Visual Basic, JAVA, Microsoft Access, C/C++, General dan Oracle.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


e-ISSN : 2289-2192

For any inquiry regarding our journal please contact our editorial board by email apjitm@ukm.edu.my