Basic Element Identification for Object Oriented Programming Through Natural Language processing
Abstract
Kebanyakan Pelajar terutamanya pelajar tahun satu di pusat pengajian tinggi menghadapi masalah ketika memulakan penulisan aturcara terutamanya setelah mendapat soalan pengaturcaraan berorientasikan objek. Jadi, sebuah prototaip iaitu OOP Tool yang menggunakan set peraturan heuristik telah dibangunkan untuk menentukan elemen asas pengaturcaraan berorientasikan objek berasaskan dokumen yang menggunakan teknik Pemprosesan Bahasa Tabii. Penentuan elemen asas pengaturcaraan berorientasikan objek ini menggunakan set peraturan heuristik untuk penentuan ketetapan di mana satu set peraturan heuristik telah dibangunkan dengan menggunakan metodologi yang berasaskan satu set data latihan. Hasil daripada kajian ini, satu set peraturan heuristik dan satu prototaip yang dinamakan OOP Tool telah dibangunkan untuk menentukan elemen asas pengaturcaraan berorientasikan objek seperti kelas, pembolehubah/ atribut dan fungsi/ metod. Penilaian bagi OOP Tool telah dibuat menggunakan satu set data ujian di mana keputusan yang diperolehi adalah 90.5% bagi dapatan semula, 76.3% bagi kejituan, 37.7% bagi lebihan-jana (over-generated) dan 9.5% bagi kekurangan-jana (under-generated). OOP Tool sangat berguna kepada pelajar tahun satu di pusat pengajian tinggi dalam mempelajari pengaturcaraan berorientasi objek.
Keywords
Pengaturcaraan Berorientasikan Objek, Pemprosesan Bahasa Tabii, Heuristik
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.
e-ISSN : 2289-2192
For any inquiry regarding our journal please contact our editorial board by email apjitm@ukm.edu.my