Interactive Virtual Whiteboard (IV Board): An Evaluation of User Interaction and Satisfaction

Zulikha Jamaludin, Alawiyah Abdul Wahab, Fakhrul Anuar Aziz, Khairul Najmy Abd Rani

Abstract


Sebuah prototaip papan putih maya, Interactive Virtual white Board (IVBoard), dibina untuk tujuan perbincangan dan pembuatan keputusan dalam talian pada masa nyata. IVBoard adalah aplikasi Computer-supported Cooperative Work (CSCW) yang dibina untuk membolehkan sehingga 50 pihak berinteraksi secara dupleks penuh dengan keupayaan hantaran teks, grafik bitmap serta audio. Sebuah pelayan berbilang pengguna dan komponen antara muka berbilang pengguna diperlukan untuk membolehkan interaksi masa nyata dilakukan di antara semua pengguna IVBoard pada satu satu masa. Prototaip ini telah digunakan oleh kakitangan akademik dan segolongan pelajar Universiti Utara Malaysia. Selepas setahun digunakan, timbul keperluan untuk menilai tahap keberkesanannya dari segi peningkatan interaksi semasa perbincangan dan kepuasan pengguna. Ini adalah kerana penilaian menjadi semakin perlu sama ada sebagai sebahagian daripada perbaikan reka bentuk prototaip atau sebagai mekanisme jaminan kualiti IVBoard. Penilaian dalam kertas kerja ini mengukur (1) tahap interaksi pengguna yang menggunakan IVBoard, (2) membuat perbandingan tahap interaksi melalui IVBoard dengan tahap interaksi melalui perbincangan tradisional, dan (3) menilai kepuasan subjektif pengguna. Penilaian (1) dan (2) menggunakan kaedah uji kaji makmal dengan pemerhatian dan analisis rakaman video, manakala penilaian (3) menggunakan soal selidik dengan model penilaian antara muka pengguna yang telah diiktiraf iaitu QUIS.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


e-ISSN : 2289-2192

For any inquiry regarding our journal please contact our editorial board by email apjitm@ukm.edu.my