Data Mining for Postgraduate Performance Using Induction Method Based on Attribute

Siti Rohaida Ahmad, Azuraliza Abu Bakar

Abstract


Kertas kerja ini membincangkan dengan terperinci kaedah aruhan berasaskan atribut yang merupakan satu kaedah perlombongan data. Pelbagai jenis pengetahuan boleh diperoleh melalui kaedah ini antaranya petua pengelasan, petua ciri, petua pengelasan kuantitatif, petua ciri kuantitatif dan sebagainya. Konsep pengitlakan dan ringkasan merupakan perkara asas dalam melaksanakan kaedah ini. Pengitlakan data dilaksanakan ke atas satu set data yang relevan dengan cara penghapusan atribut, pohon konsep menaik, mengawal proses pengitlakan dengan menetapkan nilai ambang bagi atribut, pembilang perambatan dan nilai fungsi jumlah yang lain. Dua algoritma telah dibina iaitu algoritma kaedah aruhan berasaskan atribut dan algoritma arahan bahasa pertanyaan piawai. Algoritma arahan bahasa pertanyaan piawai bertindak sebagai perantaraan dengan pangkalan data dalam melaksanakan segala arahan bahasa pertanyaan piawai dengan pangkalan data hubungan. Kedua-dua algoritma ini saling berkaitan dalam melaksanakan kaedah aruhan berasaskan atribut yang berorientasikan bahasa pertanyaan piawai. Satu pangkalan data hubungan telah direka bentuk dan dibangunkan untuk menyimpan data pelajar siswazah Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, UKM. Data ini digunakan dalam menguji kedua-dua algoritma tersebut. Satu set petua pengelasan dihasilkan yang mengandungi pengetahuan berkenaan pencapaian pelajar siswazah. Petua-petua ini diuji menggunakan set data uji untuk menentukan ketepatan pengelasannya. Hasil uji kaji menunjukkan set petua yang dihasilkan boleh digunakan untuk mengelaskan pencapaian pelajar siswazah pada masa akan datang. 


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


e-ISSN : 2289-2192

For any inquiry regarding our journal please contact our editorial board by email apjitm@ukm.edu.my