KURSUS FALSAFAH DAN ISU SEMASA SEBAGAI ALAT PEMBINAAN IDENTITI NASIONAL: SATU ANALISIS LITERATUR
Abstract
Kursus Falsafah dan Isu Semasa (FIS) berperanan penting sebagai alat pembangunan identiti nasional dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi di Malaysia. Walau bagaimanapun, keberkesanan kursus ini dalam mencapai matlamat tersebut masih belum dikaji secara menyeluruh. Kajian ini bertujuan untuk menilai peranan kursus FIS dalam membina identiti nasional dengan menganalisis kandungan kurikulum, pendekatan pengajaran dan pembelajaran, serta kaedah penilaian kursus tersebut. Menerusi kaedah analisis dokumen, bahan-bahan berkaitan kursus FIS di beberapa buah universiti terpilih dikaji. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kursus FIS berjaya meningkatkan pemahaman dan penghayatan pelajar terhadap elemen penting dalam pembentukan identiti nasional seperti sejarah, perlembagaan, dan dasar-dasar negara. Kursus ini juga didapati berkesan dalam menyemai semangat patriotisme, memperkukuh perpaduan, dan memupuk sikap menghargai kepelbagaian masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Implikasi kajian ini menyerlahkan potensi kursus FIS dalam melahirkan graduan yang mempunyai jati diri kebangsaan yang utuh dan mampu menyumbang kepada pembangunan negara secara keseluruhannya.
Keywords
Full Text:
PDFReferences
Abdul Rahman Abdullah. (2005). Wacana Falsafah Ilmu: Analisis konsep-konsep asas dan Falsafah Pendidikan Negara. Kuala Lumpur, Malaysia: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Ayu Nor Azilah, M., Mohamed Ali, H., & Wayu Nor Asikin, M. (2019). Toleransi orang Melayu mengharmonikan pemajmukan kaum di Malaysia. Jurnal Melayu, 18(2), 193-206.
Binti Maunah. (2016). Pendidikan dalam perspektif struktural fungsional. Cendekia, 10(2), 159-178.
Dzulkifli, A. R., & Rosnani, H. (Eds.). (2019). Pentafsiran baharu Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan pelaksanaannya pasca 2020. Gombak, Malaysia: IIUM Press.
Faezah, K., Mohd Rahimi, R., Noor Ain, M. N., Irene Seok-Ching, Y., & Muhammad Shamshinor, A. A. (2023). Peranan kursus falsafah dan isu semasa dalam "menyempurnakan" mahasiswa: Kajian di Universiti Malaya. Asian People Journal, 6(2), 35-46.
Hafiz, Z. (2019). Kegemilangan Tamadun Islam dan Sumbangannya Terhadap Pembinaan Tamadun Barat. Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah, 6(2), 52-54.
Hamzah, Z., Saidatul Nizan, N., & ZulHilmy, H. (2015). Softskills - Kepentingannya dalam memenuhi kebolehpasaran pekerjaan terhadap graduan Politeknik Johor Bahru (PJB). Tourism & Hospitality Essentials Journal, 2(2015), 921-938. https://doi.org/10.17509/thej.v5i2.2003
Hussein, A., & Haneza, A. H. (2015). Pengurusan pembangunan konsep perpaduan dalam kalangan pelajar sekolah menengah kebangsaan: Satu kajian di Klang, Selangor. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 2(4), 1-15.
Jamsari, A., & Norazila, M. (2022). Pengantar Falsafah dan Isu Semasa: Rujukan mahasiswa universiti awam dan swasta. MALIM: Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara, 23, 31-36. https://doi.org/10.17576/malim-2022-2301-03
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2015). Excecutive Summary Malaysia Education Blueprint 2015-2025 (Higher Education). Putrajaya, Malaysia: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Khadijah, M. K., & Mohd Herzali, M. H. (2008). Toleransi beragama dan amalannya di Malaysia: Rujukan kepada artikel 11 Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Jurnal Usuluddin, 27(27), 81-92.
Latifah, A. L., Ros Aiza, M. M., & Abd Hakim, M. (2020). Penerimaan pelajar USIM terhadap kursus falsafah dan isu semasa: Satu analisis deskriptif. Dalam E-Proceeding: Seminar Antarabangsa Islam dan Sains (SAIS 2020) (hlm. 775-787). Diperoleh daripada https://seminarsais2020.wixsite.com/seminarsais2020
Mason, M. (2007). Critical thinking and learning. Educational philosophy and theory. ACCESS, 39(4), 339-349.
Mohd Azmir, M. N. (2019, Oktober). Toleransi teras pembinaan etos bangsa Malaysia. Dalam Seminar Tamadun, Etnik dan Turath Islami (i-STET) 2019 (hlm. 402). Diperoleh daripada http://istet.usim.edu.my/eProsiding-i-STET-2019
Mohd. Sohaimi, E., Abang Mohd. Razif, A. M., Romzi, A., Irma Wani, O., Siti Aidah, L. @ L., Saifulazry, M., & Sharifah Darmia, S. A. (2021). Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam talian bagi kursus Penghayatan Etika dan Peradaban (PEdP): Kajian kes di kalangan pelajar prasiswazah Universiti Malaysia Sabah. International Journal of Law, Government and Communication, 6(23), 57-67.
Noor Aziera, M. R., Siti Nurul Izza, H., Norafifah, A. H., Mohd Faizal, P. R., & Norizah, M. @ H. D. (2020). Pelaksanaan subjek hubungan etnik tanpa peperiksaan akhir di UiTM cawangan Melaka. E-Journal of Islamic Thought and Understanding, 1(20), 18-34.
Norafifah, A. H., Mahfuzah, M. Z., Siti Nurul Izza, H., Nor Azlina, A. W., & Mohd Amirul, A. (2022). Logical knowledge in the Philosophy and Current Issues course at Malaysian tertiary education institutions: A Conceptual paper. International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences, 12(11), 2036 – 2044.
Nur Ayuni Nusaibah, H., & Amir Hasan, D. (2019). Peranan sekolah dalam pembentukan perpaduan antara kaum dalam kalangan pelajar. Jurnal Pendidkan Bitara UPSI, 12, 18-28.
Ros Aiza, M. M., Siti Nor Baya, M. Y., Siti Nor Azhani, M. T., & Abd Hakim, M. (2020). Persepsi awal pelajar Universiti Sains Islam Malaysia terhadap kursus Falsafah dan Isu Semasa. Dalam Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020 (hlm. 506-514). Diperoleh daripada https://swanfpqs.usim.edu.my/index.php/conference/issue/view/3
Shamrahayu, A. A. (2016, Januari 26). Identiti Nasional. Diperoleh daripada https://www.ikim.gov.my/index.php/2016/01/26/identiti-nasional/
Syamsul Azizul, M., Abang Mohd. Razif, A. M., Mohd. Sohaimi, E., Irma Wani, O., Habibah @ Artini, R., Saifulazry, M., & Muhammad Safuan, Y. (2021). Pengajaran Kursus Falsafah dan Isu Semasa (FIS) dalam membentuk pemikiran kritis: Penelitian terhadap modul kursus FIS di Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB), Universiti Malaysia Sabah. International Journal of Education, Psychology and Counseling, 6(39), 137-149.
Syamsul Azizul, M., Habibah @ Artini, R., Mohd Nur Hidayat, H. H. H., & Irma Wani, O. (2022). Signifikan kursus Falsafah dan Isu Semasa (FIS) dalam pembentukan akhlak dan moral di Universiti Malaysia Sabah. International Journal of Education, Psychology and Counselling, 7(45), 127-136.
Voon, S.H., & Amran, M.S. (2021). Pengaplikasian teori pembelajaran konstruktivisme dalam pembelajaran matematik. Sains Insani, 06(2), 73-82.
Refbacks
- There are currently no refbacks.
Index